Harian Metro

Semangat patriotik bermula dari rumah

-

Batu Pahat: Tanggungja­wab membina perwatakan ‘sehati sejiwa’ sebagai salah satu nilai ‘karakter nasional’ perlu bermula dari rumah, pendidikan dan masyarakat, sekaligus melahirkan rakyat berjiwa patriotik yang cintakan negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, kehadiran ‘sehati sejiwa’ memerlukan rasa tanggungja­wab dalam kalangan pelbagai pihak untuk menyemai, memupuk dan memastikan­nya semangat itu terus diamalkan.

“Setiap tahun kerajaan mengadakan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang dan kali ini ia dinamakan sebagai Majlis Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa selaras Tema Sambutan Bulan Kebangsaan yang telah ditetapkan pada tahun ini.

“Sehati sejiwa mencermink­an roh kesepaduan, kesefahama­n, kekitaan dan kemanusiaa­n seluruh rakyat di negara ini, selain melambangk­an semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa 2017 di Stadium Batu Pahat di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Datuk Ayub Rahmat, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 Datuk Jailani Johari.

Sementara itu, Ayub yang membacakan teks ucapan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, cabaran ditempuhi masyarakat pada hari ini adalah dalam bentuk penjajahan minda, ancaman digital, kekangan ekonomi dan persepsi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia