Harian Metro

5 lagi ‘idaman’ SPRM

 Penjawat awam sebuah agensi kerajaan bakal dicekup dalam operasi khas tempoh terdekat

- Syah Rul Aswari Abdullah srul@hmetro.com.my

Lebih lima penjawat awam sebuah agensi kerajaaan akan ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah bagi membantu siasatan kes salah laku dan rasuah dalam masa terdekat.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi berkata, pihaknya akan menahan individu berkenaan menerusi operasi khas secara besar-besaran antara 20 dan 23 Ogos ini.

Bagaimanap­un, beliau enggan mendedahka­n jumlah sebenar individu akan ditahan dan jenis kesalahan yang dilakukan kakitangan agensi berkenaan.

“Kami merancang strategi untuk melaksanak­an operasi berkenaan dan siasatan terperinci (berhubung kes ini) masih dilakukan.

“Ada lebih lima (individu) yang akan ditahan tetapi jumlah itu kurang daripada 10 orang. Mereka akan ditahan dan dikemukaka­n untuk pendakwaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Kempen Mengibar Jalur Gemilang di Kompleks Pentabiran Kerajaaan Persekutua­n Sabah, di sini, semalam.

Majlis disempurna­kan Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani.

Sazali berkata, pihaknya merujuk kepada Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan sudah mendapat kebenaran untuk melaksanak­an operasi berkenaan.

“SPRM juga akan memanggil mana-mana pihak, (sama ada) isteri atau adik-beradik kepada individu berkenaan untuk membantu siasatan,” katanya.

Sebelum ini, SPRM Sabah memberitah­u, dua agensi kerajaan negeri di Sabah kini berada di bawah radar pihaknya.

Tanpa menamakan kedua-dua agensi terbabit, Sazali berkata, pihaknya mendapati ada asas untuk menjalanka­n siasatan berdasarka­n kedudukan kedua-dua agensi itu yang menerima sejumlah peruntukan besar.

Beliau berkata, siasatan turut membabitka­n pegawai tinggi agensi terbabit.

 ??  ?? NOR Rizan (tiga dari kanan) melepaskan konvoi Kempen Mengibar Jalur Gemilang di Kompleks Pentabiran Kerajaaan Persekutua­n Sabah, semalam.
NOR Rizan (tiga dari kanan) melepaskan konvoi Kempen Mengibar Jalur Gemilang di Kompleks Pentabiran Kerajaaan Persekutua­n Sabah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia