Harian Metro

Siasat bukan main tuduh

-

 SPRM teliti dulu dakwaan orang hidup mewah dari sudut unsur rasuah

“Kami tidak boleh bertindak di luar bidang kuasa. Banyak dakwaan orang hidup mewah, tapi yang penting kita lihat sama ada ia berunsur rasuah atau tidak,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kewajaran SPRM menyiasat dakwaan dikeluarka­n bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pemilikan aset RM230 juta oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri

Dr Ahmad

Zahid Hamidi ketika memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO sekitar tahun 1990-an.

Bagaimanap­un, katanya, pihaknya perlu meneliti terlebih dahulu sama ada kes berkenaan boleh disiasat atau tidak.

“Jika kita nak (hendak) menuduh seseorang itu mempunyai harta banyak, belum tentu ia punca daripada rasuah.

“Mana-mana pihak yang menggesa SPRM menjalanka­n siasatan terhadap pihak lain kena pastikan adakah membantu siasatan,” katanya ringkas.

Media sebelum ini melaporkan, FIC membelanja­kan jutaan ringgit antara 2013 hingga 2015 bagi membeli dua hotel empat bintang, namun ketika itu pembayaran dipercayai dibuat melebihi harga pasaran.

FIC ditubuhkan FELDA pada 2013 sebagai usaha mempelbaga­ikan portfolio perniagaan agensi berkenaan, khususnya dalam pelaburan hartanah, perhotelan dan hospitalit­i. pemilikan harta itu secara unsur rasuah atau tidak,” katanya selepas majlis Ikrar Bebas Rasuah antara Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan SPRM di sini, semalam.

Katanya, jika mahu menyiasat sesiapa pun, ia mesti ada asas unsur rasuah dan salah guna kuasa, baru boleh disiasat mengikut undang-undang sedia ada.

Sebelum ini, Ahmad Zahid memaklumka­n beliau sedia disiasat SPRM berhubung dakwaan itu, selain menyatakan kesediaan memperbetu­lkan persepsi yang timbul susulan kenyataan Tun Dr Mahathir.

 ??  ?? NIK Azman NOOR Ehsanuddin
OMAR
NIK Azman NOOR Ehsanuddin OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia