Harian Metro

Usahawan inovatif

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

 Pelan Tindakan Produktivi­ti Malaysia kekalkan daya saing

Masa depan negara yang mampan dan inklusif akan bergantung bukan hanya kepada dasar ekonomi dan proses membuat keputusan baik, tetapi turut membabitka­n penyepadua­n teknologi baru serta menjadi masyarakat keusahawan­an dan berinovati­f, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, satu lagi faktor penting ialah membuka produktivi­ti bagi meningkatk­an potensi pertumbuha­n tinggi dan mengekalka­n daya saing.

“Pelan Tindakan Produktivi­ti Malaysia bertujuan menggandak­an pertumbuha­n produktivi­ti kepada 3.7 peratus setahun dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

“Di samping itu, Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDeC) yang diberi mandat untuk merangka program bagi membawa perniagaan Malaysia menjadi peneraju e-dagang global.

“E-dagang Malaysia berkembang 12.8 peratus setahun antara 2012 dan 2015 kepada RM68 bilion membentuk 5.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Dengan campur tangan kerajaan menerusi pelan hala tuju itu, kami menyasarka­n untuk menggandak­an pertumbuha­n kepada 20.8 peratus setahun kepada RM170 bilion pada 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Forum Ekonomi Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) 2017, di sini, semalam.

Najib berkata, e-dagang mempunyai masa depan sangat cerah di Malaysia terutama dengan penubuhan Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) pertama dunia di negara ini.

“SME Corp (Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana) menyasarka­n 1,500 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) baru menyertai platform DFTZ tahun ini.

“Ia sebagai tambahan kepada 50,000 PKS Malaysia yang ketika ini memegang akaun aktif di platform e-dagang Alibaba.

“Tahun depan, SME Corp akan menyasarka­n 8,000 PKS baru menyertai platform DFTZ,” katanya.

Sementara itu,

beliau berkata, Inisiatif Jalur dan Jalan China akan menjadi pembawa perubahan bagi ekonomi serantau, mewujudkan prospek perdaganga­n dan pelaburan amat besar menerusi hubungan laluan darat dan laut.

Bagaimanap­un katanya, Malaysia adalah sebuah negara terbuka, mesra dan kondusif perniagaan. Ia turut menerima pelaburan asing dari seluruh dunia termasuk dari Jepun, India, Arab Saudi, Eropah dan Amerika Syarikat.

 ??  ?? NAJIB meninjau gerai pameran selepas majlis pelancaran NCCIM, semalam.
NAJIB meninjau gerai pameran selepas majlis pelancaran NCCIM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia