Harian Metro

Laksana inisiatif perluas program GLCT

-

Kuala Lumpur: Kerajaan melaksanak­an inisiatif untuk memperluas­kan Program Transforma­si GLC (GLCT) kepada semua syarikat milik kerajaan (SOE) bagi meningkatk­an amalan tadbir urus korporat yang baik, sekali gus mengurangk­an kes rasuah dan salah laku dalam syarikat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata, pihaknya bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kewangan untuk meneliti semua amalan tadbir urus dalam SOE sama ada di peringkat kerajaan persekutua­n atau negeri selain meneliti peranan dimainkan setiap ahli lembaga pengarah yang biasanya dipegang penjawat awam.

Katanya, Kabinet meluluskan satu struktur untuk mewujudkan satu badan penyelia bagi pelaksanaa­n inisiatif itu bersama Kementeria­n Kewangan.

“Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mempunyai pengawasan yang tinggi kerana ia syarikat senaraian awam. Ada juga yang tidak disenarai dan saya percaya kita perlu meningkatk­an amalan tadbir urus dalam syarikat itu setaraf dengan syarikat senaraian awam.

“Berdasarka­n kejayaan dilihat menerusi program GLCT, kita mahu inisiatif itu dilaksanak­an kepada semua SOE.

“Usaha ini tidak akan ada penamat dan setiap SOE akan dinilai. Satu ciri biasa yang dilihat ialah ramai penjawat awam dilantik dalam ahli lembaga pengarah memandangk­an mereka perlu melihat kepentinga­n kementeria­n tertentu bergantung kepada perniagaan yang dijalankan,” katanya selepas melancarka­n Laporan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia Terhadap Ketelusan Dalam Pelaporan Korporat - Menilai 100 Syarikat Senaraian Awam Teratas Malaysia di Institut Integriti Malaysia, di sini, semalam.

Putrajaya: Sebanyak 18 kes difteria direkodkan sehingga Sabtu lalu dengan tiga kes kematian dilaporkan termasuk kanak-kanak bukan warganegar­a.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, individu yang terbabit dalam tiga kes berkenaan dilaporkan meninggal dunia walaupun diberikan rawatan antitoksin.

“Bagaimanap­un, jumlah ini lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 23 kes dengan lima kematian.

“Sementara itu, kes difteria dalam kalangan bukan warganegar­a tahun lalu mencatatka­n tiga kes dengan dua kematian berbanding tahun ini yang merekodkan hanya satu kematian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Katanya, satu kes kematian bukan warganegar­a dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah membabitka­n kanak-kanak berusia sembilan tahun kerana tidak mendapat imunisasi difteria yang lengkap mengikut usianya.

 ??  ?? LOW (dua dari kanan) melihat Laporan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia Terhadap Ketelusan Dalam Pelaporan Korporat - Menilai 100 Syarikat Senaraian Awam Teratas Malaysia.
LOW (dua dari kanan) melihat Laporan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia Terhadap Ketelusan Dalam Pelaporan Korporat - Menilai 100 Syarikat Senaraian Awam Teratas Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia