Harian Metro

Tiada campur tangan asing

-

 Suruhanjay­a Siasatan fokus lima terma rujukan kes urus niaga mata wang asing BNM 1990-an

“Kami tidak akan membenarka­n sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak yang tidak berkaitan dalam siasatan urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) 1990-an,” kata Pengerusi Suruhanjay­a Siasatan, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau yang bersidang bersama lima panel lagi berkata demikian ketika ucapan pada hari pertama prosiding suruhanjay­a itu di Mahkamah Rayuan di sini, semalam.

Mohd Sidek berkata, pihaknya hanya akan memberi fokus kepada lima terma rujukan yang ditetapkan sebelum ini.

“Suruhanjay­a mempunyai kuasa untuk mendapatka­n dan menerima bukti dan memeriksa saksi. Siasatan itu akan dibuat dan disiapkan dalam tempoh tiga bulan. Laporan penuh akan disembahka­n kepada Yang di-Pertuan Agong pada Jumaat iaitu 13 Oktober depan.

“Prosiding inkuiri akan diadakan secara terbuka di Mahkamah Rayuan. Selain hari ini (semalam), 10 hari lagi sudah ditetapkan bermula 21 Ogos ini pada jam 9 pagi sehingga jam 5 petang,” katanya.

Turut bersidang bersama adalah Datuk Wira Kamaludin Md Said (Hakim Mahkamah Tinggi), Datuk Seri Tajuddin Atan (Ketua Pegawai Eksekutif, Bursa Malaysia Bhd), Tan Sri Saw Choo Boon (Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcar­a Perniagaan) dan K Pushpanath­an (Ahli Institut Akauntan Malaysia dan Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia).

Terdahulu, di dalam prosiding semalam, suruhanjay­a menolak permohonan Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencabar komposisi panel.

Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang bertindak sebagai peguam pemerhati Mahathir dan R Sivarasia yang bertindak bagi pihak Anwar, memohon diberi kebenaran untuk mengemukak­an bantahan terhadap komposisi panel itu.

Mereka mendakwa dua daripada ahli panel itu daripadany­a terbabit dalam pasukan petugas khas yang mencadangk­an pembentuka­n suruhanjay­a itu.

Mereka juga memohon supaya diberi peluang untuk menyoal balas saksi secara aktif sepanjang prosiding berlangsun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia