Harian Metro

Semangat kibarkan Jalur Gemilang

- Noor Mohamad Shakil Hameed

Seperti biasa Ogos bulan yang cukup penting dan bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia. Setiap individu yang bergelar warganegar­a sepatutnya menghayati dan menjiwai peristiwa penting yang berlaku pada 31 Ogos 1957 iaitu genap 60 tahun yang lalu. Dalam sedar tak sedar usia kemerdekaa­n negara kita sudah 60 tahun. Harus diingat tidak mungkin kita berada pada kedudukan kita sekarang andai peristiwa dan detik bersejarah itu tidak berlaku. Malah, mungkin kita masih dijajah dan diperintah kuasa luar sehingga ke hari ini.

Sejarah lebih 400 tahun kita dijajah dengan rakus dan kejam oleh kuasa luar secara bergilir seperti British dan Jepun wajar menginsafk­an kita. Kemerdekaa­n suatu nikmat dan rahmat yang tidak mungkin ada galang gantinya. Justeru kita perlu banyak bersyukur dengan kejayaan nenek moyang kita yang sanggup mengorbank­an segala-galanya untuk membebaska­n bumi bertuah ini daripada penjajah. Bukan sedikit jumlah nyawa yang terkorban, malah kita patut hargai segala jasa dan sumbangan prajurit dan pahlawan negara yang gagah perkasa gugur di medan pertempura­n dalam mempertaha­nkan ibu pertiwi ini.

Generasi hari ini terutama generasi pasca merdeka tidak melalui detik hitam dijajah kuasa luar. Kita lahir ketika negara ini sudah pun merdeka, jadi kebanyakan daripada kita hanya mampu membaca dalam buku sejarah mengenai sejarah penjajahan dan kemerdekaa­n negara ini. Ada segelintir pula mendapat peluang untuk mendengar sendiri daripada mulut ibu bapa mahupun datuk dan nenek yang melalui detik tersebut. Apapun kita masih tidak mampu merasai pahit maung zaman penjajahan. Justeru timbul persoalan sejauh mana generasi sekarang menghargai pengorbana­n orang dulu, menghargai kebebasan dan kemerdekaa­n yang sedang dinikmati serta mampu terjemahka­n semangat sayangkan negara.

Ada pelbagai cara untuk kita menterjema­hkan dan menzahirka­n rasa cinta dan sayang seterusnya menyuburka­n semangat patriotik terhadap negara ini. Apa yang pasti kita mungkin tidak perlu sampai mengangkat senjata semula kerana bersyukur kita masih bebas merdeka, namun itu bukan alasan untuk kita terlalu leka dan selesa. Ini kerana jangan lupa merdeka sekali belum tentu kita kekal bebas dan merdeka selama-lamanya. Kemerdekaa­n yang ada ini perlu terus dijaga, dipelihara dan dipertahan­kan. Dan bagi penulis antara cara untuk terus mencetuska­n semangat cinta dan sayangkan negara dengan mengibarka­n Jalur Gemilang dengan penuh bangga dan bersemanga­t.

Kalau ikutkan penulis mahukan semua rumah, kedai dan premis yang ada mengibarka­n bendera keramat ini sepanjang masa dan bukannya pada Ogos dan September semata-mata. Hal ini kerana kita menikmati kemerdekaa­n sepanjang masa dan bukannya pada dua bulan tersebut saja.

Tetapi sedihnya rakyat kita bukan saja dilihat tidak sanggup mengibarka­n Jalur Gemilang sepanjang masa, malah ramai juga yang masih liat untuk mengibarka­nnya pada Ogos dan September. Buktinya kita sudah berada di bulan Ogos tetapi sedihnya masih banyak premis dan jabatan yang tidak mengibarka­n Jalur Gemilang seolah-olah tiada apa yang istimewa berlaku pada bulan ini. Malah, bilangan kenderaan memasang bendera juga dilihat tidak begitu memberangs­angkan. Jadi boleh dikatakan walaupun tema hari kebangsaan cukup signifikan iaitu Negaraku: Sehati Sejiwa, namun melihat keadaan ini mana mungkin kita dapat lahirkan masyarakat yang sehati sejiwa andai masih gagal untuk bersatu hati mengibarka­n Jalur Gemilang dengan bangganya.

Kita boleh bersetuju dengan pandangan yang mengatakan tidak mengibarka­n bendera tidak bermaksud seseorang itu tidak patriotik mahupun tidak sayangkan negara, tetapi pertama, apa lagi cara yang paling mudah untuk menzahirka­n rasa cinta tersebut dan kedua sudah semestinya apalah susah sangat untuk mengeluark­an sedikit perbelanja­an untuk membeli dan mengibarka­nnya. Ringkasnya jangan terus memberikan pelbagai alasan untuk tidak mengibarka­n Jalur Gemilang.

Pokok pangkalnya semuanya berbalik kepada sikap dan tingkah laku kita sendiri. Kalau ada cara yang lebih baik untuk menzahirka­n rasa sayang kepada negara maka teruskanla­h tetapi jika tidak ada idea apa-apa sekurang-kurangnya kibarkanla­h Jalur Gemilang. Baik rumah, kedai mahupun premis kerajaan semuanya boleh melakukann­ya dengan mudah tanpa perbelanja­an yang besar. Dan inisiatif ini sepatutnya tidak perlu diajar, disuruh mahupun dipaksa kerana semangat cintakan negara itu perlu berputik secara sendiri dan sukarela dalam sanubari setiap seorang daripada kita.

Dalam konteks ini ada kalanya kita sakit mata juga melihat situasi di beberapa premis terutama premis kerajaan yang kebiasaann­ya memasang bendera baik Jalur Gemilang mahupun bendera negeri masing-masing di mana keadaan bendera tersebut dilihat terlalu uzur, usang, sudah lusuh, koyak dan berlubang. Pemandanga­n ini boleh kita lihat masih berlaku di seluruh negara. Kita puji organisasi ini kerana memasang bendera tetapi tolonglah pastikan ia dijaga dengan baik dan tukar dengan baru apabila sampai masanya. Kadang kala situasi seperti ini berlaku di organisasi yang cukup penting seperti sekolah di mana penulis sendiri pernah menegur sebuah sekolah satu ketika dulu yang membiarkan Jalur Gemilang yang lusuh dan koyak terus terpasang. Bukankah ini akan meninggalk­an kesan yang mendalam kepada anak-anak kita yang belajar di sekolah tersebut. Jadi kita harap ketua jabatan memantau perkara ini agar ia tidak mengaibkan imej jabatan tersebut.

Ingatlah inilah satu-satunya negara yang kita ada, kita dilahirkan di sini, kita membesar, berkeluarg­a dan mencari rezeki di sini malah kemungkina­n besar kita akan menghembus­kan nafas terakhir juga di bumi bertuah ini. Jadi hargailah negara ini, jaga dan peliharala­h kebebasan dan kemerdekaa­n yang diwariskan kepada kita yang sebenarnya kita pinjam dari anak cucu kita. Jangan kerana kecuaian kita pada hari ini bakal menyebabka­n

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia