Harian Metro

FINAS tak reti hargai Pengarah Terbaik Asia?

-

pentas antarabang­sa dalam menghadapi Transforma­si Nasional 2050 (TN50), kita cuma meraikan Pengarah Terbaik Asia iaitu anak watan kita sendiri hanyalah di restoran.

Selaku pemilik Skop Production, Yusof wajar meraikan Syamsul kerana Syamsul itu produk syarikatny­a.

Tidak sewajarnya Syamsul diraikan sebegitu kerana anugerah yang dimenangin­ya itu boleh menjadi inspirasi sekali gus menyuntik semangat pengarah junior untuk mencipta kejayaan sama. Harus diingat perfileman kita dibandingk­an dengan negara Asia lain umpamanya China, Korea, Jepun, India termasuk Australia, Thailand dan Indonesia, berapa keratlah masyarakat dunia bercakap perihal filem kita? Mahu menembusi layar lebar negara tetangga pun masih terkial-kial sementelah majoriti filem kita hanya terdaya berkokok di laman sendiri.

Takdirnya, kata nista, cemuhan dan dipandang sebelah mata oleh pihak tertentu terhadap perfileman kita, tiba-tiba mencelah Syamsul menjadi yang terbaik di Asia. Pastilah ia magis berharga yang mengkagumk­an. Seperti dijelaskan Pansha, di FFAP Ke-57 sebanyak 23 negara Asia bertanding dan yang mahalnya juri dari Jepun puji melangit kreativiti Syamsul itu.

Lebih manis sewaktu berlangsun­gnya FFAP Ke-57 dari 28 hingga 30 Julai itu, artis dan karyawan kita di mana filem mereka bertanding turut menjadi delegasi. Bonus buat negara, andai pada malam bersejarah itu, Syamsul naik pentas mengambil anugerah, sudah pastilah wajahnya menjadi tumpuan lensa wartawan Asia dan impaknya kita berhasil mempromosi­kan produk kita.

Mendengar cerita Yusof agak lucu sebaik dimaklumka­n kemenangan itu melalui aplikasi WhatsApp, beliau memaklumka­n Syamsul yang ketika itu nyenyak tidur selepas menjaga anak. Sudahlah Syamsul tidak dibawa ke Phnom Penh, majlis yang diraikan Syamsul tempoh hari, ikut pengalaman penulis lebih gemilang Anugerah Video Pelajar UiTM suatu ketika dulu.

Penulis katakan gemilang kerana di anugerah video itu penulis turut menjadi juri selain Datuk Shuhaimi Baba, Mat London, Amir Muhammad dan gemilangny­a pemenang turut diraikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Ini Syamsul menang di peringkat Asia, apakah majlis meraikan beliau hanya berakhir atau setakat di restoran ayahnya sendiri?

Sepatutnya FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional) harus lebih peka, sensitif dan reti meraikan kejayaan Syamsul yang mengharumk­an nama negara.

Ucapan Khusairi pada malam itu jelas tidak relevan di kala kita hadir pada majlis meraikan kejayaan, Khusairi dengan nada kecewa memberitah­u kutipan tiket untuk 2017 sehingga Julai hanya RM13 juta.

Sasaran FINAS untuk 2017 adalah RM75 juta (kutipan 2016 berjumlah RM79 juta dan Munafik menyumbang RM19 juta). Berbaki empat bulan saja, mampukah capai RM75 juta itu ? Di sisi lain FINAS harus tercabar dengan kejayaan Syamsul kerana sejak mengarah filem Evolusi KL Drift, Bohsia...Jangan Pilih Jalan Hitam, Khurafat, KL Gangster dan KL Gangster 2 majoriti tidak menggunaka­n dana kerajaan melalui FINAS itu. Berbanding segelintir produksi ghairah ‘sakau’ duit FINAS berjuta-juta tetapi penyudahny­a filem ke laut, hasilnya masuk angin keluar asap.

Dalam meraikan kejayaan Syamsul, FINAS barangkali boleh berganding­an dengan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) untuk mewar-warkan lagi pada masyarakat mengenai kejayaan Syamsul. Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-29 kian menghampir­i, kejayaan Syamsul harus dirasai juga oleh penggiat filem tanah air untuk turut berasa bangga.

Ingin dikongsi di sini bagaimana penggiat bidang nyanyian meraikan Sudirman Haji Arshad apabila muncul Penghibur No 1 Asia di Royal Albert Hall London pada 19 Mac 1989. Sebaik Sudirman tiba di Lapangan Terbang Subang (Sultan Abdul Aziz Shah) ribuan peminat menanti diketuai PAPITA (Persatuan Penyanyi Pemuzik dan Pencipta Lagu

Tanahair).

Sudirman diarak lalu dibawa ke PJ Hilton untuk sidang akhbar dan penulis membuat liputan pada detik bersejarah itu untuk melihat sendiri wajah ceria Sudirman bersama pengurusny­a ketika itu, Dharanee Dharan Kannan dan air mata sebak bekas pengurusny­a juga sahabat penulis, Mike Bernie Chin (mendiang). Impak kejayaan Sudirman sehingga kini ramai yang masih memperkata­nya berbanding Syamsul yang tidak mustahil kejayaanny­a akan terhakis di minda masyarakat sebagaiman­a kita terlupa Yasmin Ahmad itu Pengarah Terbaik Asia.

 ??  ??
 ??  ?? SYAMSUL cipta sejarah dirai suam-suam kuku.
SYAMSUL cipta sejarah dirai suam-suam kuku.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia