Harian Metro

MEMORI KIBAR BENDERA MALAYA

- Idris Musa dan Mohd Sabran Md Sani am@hmetro.com.my

Walaupun sudah lama berlalu, detik bersejarah negara 31 Ogos 1957 sentiasa segar dalam ingatan bekas Leftenan Komander Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Mohamed Sharif Kalam, 80.

Dia masih dapat menggambar­kan satu persatu detik sambutan kemerdekaa­n itu. Bersama dua rakannya, Awang Mohd Salleh dan Oliver Culvelt Samuel, mereka diberi kepercayaa­n menaikkan bendera Tanah Melayu pada hari kemerdekaa­n buat kali pertama ketika itu.

“Kami dapat berita (ditugaskan menaikkan bendera) tiga atau empat hari sebelum hari bersejarah itu. Apabila dah tahu kami dipilih untuk menaikkan bendera negara pada masa itu, kami buat latihan di Jalan Gurney. Sekarang, Pulapol Jalan Semarak.

“Latihan untuk menentukan irama Negaraku dengan masanya dan menaikkan bendera. Masa itu orang belum nampak bendera Malaya. Kena buat malam. Jadi, orang lain tak nampak. Itu kali pertama nak naik.

“Jadi, tiga hari diperlukan supaya kami boleh ikut irama lagu itu dengan bendera apabila kami naikkan daripada mula lagu dibunyikan sampai kemuncak bendera mesti seiring. Lagu tamat, bendera pun sampai ke puncak,” katanya di rumahnya di Taman Pelangi, di Johor Bahru, baru-baru ini.

Menurutnya, tugas itu menjadi satu kebanggaan dan kenangan manis buatnya kerana berpeluang menaikkan bendera negara buat kali pertama untuk tontonan awam walaupun dia tidak terfikir satu hari baktinya menjadi bahan sejarah.

“Waktu itu umur saya 20 tahun. Saya paling muda. Tempoh menaikkan bendera tiga hingga lima minit.

“Kami sudah biasa menaikkan bendera. Kata orang tu dah tahu macam mana cara menaikkan bendera. Jadi tak rasa berdebar sangat. Tetapi, kerana orang ramai, ada juga gerun tu.

“Jam 7 (pagi) kami sudah keluar bersiap sedia di dalam stadium. Waktu menaikkan bendera 9 pagi,” kata Mohamed Sharif.

Dia menjelaska­n, bendera adalah satu simbolik, tanda dan wakil negara yang sangat dihormatin­ya.

“Dalam tentera kami hormat kepada bendera. Setiap pagi jam 8, kami menaikkan bendera,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai semangat patriotik katanya, dulu semua bangsa bersatu padu.

“Sebab itu hendak apa-apa pun senang. Tiada kacaubilau melainkan ancaman komunis. Kalau ikut sejarah, orang Melayu agak unik, satu bangsa yang saya ingat banyak bertoleran­si daripada kaum lain. Orang asing datang ke sini tak ada bawa apa-apa, datang sehelai sepinggang atau bawa beg pakaian. Kebanyakan tak bawa harta benda. Tapi, bila sampai ke sini, orang Melayu memberi kerjasama.

“Kalau kita tengok di

 ?? FOTO: ?? MOHAMED Sharif menunjukan album gambar menerima pingat dan trofi sebagai jasa beliau menaikkan bendera Malaya buat pertama kali pada tanggal 31 Ogos 1957.
FOTO: MOHAMED Sharif menunjukan album gambar menerima pingat dan trofi sebagai jasa beliau menaikkan bendera Malaya buat pertama kali pada tanggal 31 Ogos 1957.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia