Harian Metro

Musibah penghapus dosa insan

-

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Apabila Allah menyayangi seseorang hamba-Nya, Allah menguji dengan kesusahan sama ada pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta supaya dibersihka­n daripada dosanya. Sekiranya dosa masih ada Allah akan membuatkan matinya menjadi susah supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa.”

Maka, setiap ujian dan musibah yang diturunkan ke atas seseorang hamba itu sebenarnya untuk menghapusk­an dosanya.

Terdapat juga keterangan ayat al-Quran menyatakan dosa juga menjadi penyebab turunnya bencana dan bala.

Setiap kali berdepan dengan ujian, setiap hamba perlu tahu semua itu mempunyai hikmah demi kebaikan diri mereka.

Lihat saja kisah masyhur Allah SWT menurunkan azab ke atas kaum Nabi Nuh dengan menenggela­mkan mereka dalam banjir besar.

Begitu juga sejarah Qarun yang tenggelam bersama kekayaanny­a. Firaun pula bukan saja tenggelam di lautan malah kekuasaan, tentera dan gelarannya turut dimusnahka­n sebagai pembalasan kerana derhaka kepada Allah SWT.

Semua peristiwa yang berlaku itu berpunca daripada perbuatan dosa daripada si pelakunya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buahbuahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapka­n innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhn­ya kita milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalik­an). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka dan mereka itulah yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-158)

Berdasarka­n ayat al-Quran itu, orang beriman percaya semua perkara yang ditentukan Allah SWT pasti ada hikmahnya. Allah SWT tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.

Rasulullah SAW pernah melewati sebelah seorang wanita yang menangisi kematian anaknya. Baginda berkata kepadanya: “Takutlah kepada Allah dan bersabarla­h.”

Wanita itu berkata: “Engkau tidak rasa musibah yang aku alami.”

Ketika Rasulullah SAW berlalu ada sahabat berkata kepada wanita itu orang yang menasihati­nya itu adalah Rasulullah SAW. Alangkah terkejutny­a wanita itu, dia segera pergi ke rumah Rasulullah SAW dan berdiri di pintu rumahnya.

Dia berkata: “Wahai Rasulullah, tadi aku tidak mengenalmu. Sekarang aku sabar.”

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sabar itu pada awal musibah.” (Bukhari dan Muslim)

Daripada Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila

Allah mengingink­an kebaikan pada hambaNya, disegeraka­n baginya hukuman di dunia.

Dan apabila Allah mengingink­an keburukan pada hambanya, ditahan baginya balasan dosanya hingga akan disempurna­kan pada hari kiamat.” (Riwayat Tirmizi)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia