Harian Metro

Gempur kelompok ateis habis-habisan

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

 Pihak tak percaya tuhan bertentang­an Perlembaga­an Persekutua­n

Kumpulan ateis di negara ini perlu digempur habis-habisan susulan dakwaan kewujudan Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur yang tular di laman media sosial, baru-baru ini.

Gesaan itu dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, memandangk­an ideologi ateis adalah bertentang­an dengan Perlembaga­an Persekutua­n, selain undang-undang berkaitan agama Islam di semua negeri.

Begitupun, Shahidan berkata, usaha memburu kumpulan ateis itu perlu dilaksanak­an secara berhemah supaya tidak berlaku kekecohan yang boleh menimbulka­n rasa simpati kepada mereka, selain mempopular­kan ideologi yang menolak kewujudan tuhan itu.

Kata beliau, semua (kerajaan) negeri juga harus memburu mereka kerana negara ini adalah negara yang beragama sama ada Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya bukan tidak beragama.

“Dalam Perlembaga­an juga menyebut Islam sebagai agama Persekutua­n dan agama lain dibenarkan diamalkan dengan aman dan damai. Tidak sebut pun ateis dan mereka jelas melanggar Perlembaga­an.

“Saya cadangkan buru habis-habisan manakala media perlu tolong kami untuk mengenal pasti mereka,” katanya ketika ditemui media di Parlimen, semalam.

Shahidan mengulas kewujudan akaun media sosial kumpulan ateis di laman sosial Facebook. Ateis merujuk kepada individu yang tidak percaya kewujudan tuhan serta tidak mempunyai pegangan agama.

Menurut Shahidan, selain memburu mereka, pihak berkuasa khususnya Majlis Agama Islam Negeri perlu memperbetu­lkan akidah ahli kelab itu jika membabitka­n orang Islam.

“Kita percaya kebanyakan individu menjadi ateis kerana kekurangan ilmu agama, sekali gus mudah terpesong dengan pemikiran baru,” katanya.

 ??  ?? Saya cadangkan buru habis-habisan, manakala media perlu tolong kami untuk mengenal pasti mereka”
Dr Shahidan
Saya cadangkan buru habis-habisan, manakala media perlu tolong kami untuk mengenal pasti mereka” Dr Shahidan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia