Harian Metro

1,005 PATI ditahan di ESSCOM

-

Seramai 1,005 warga tempatan dan pendatang tanpa izin (PATI) ditahan di Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) atas pelbagai kesalahan sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, penahanan itu dilakukan menerusi operasi bersepadu yang dilaksanak­an bersama pelbagai agensi keselamata­n dan penguatkua­saan negeri.

“Kebanyakan pesalah yang ditahan melanggar kesalahan mengikut Akta Imigresen, Akta Kastam, Akta Perikanan 1985,

Akta Kawalan Bekalan, Enakmen Perhutanan, Akta Dadah Berbahaya, Akta Bahan Letupan, Akta Polis serta Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

“Selain itu, mereka turut terbabit dalam kesalahan mengikut Anti Pemerdagan­gan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007, Akta Farmasi, Akta Senjata, Akta Hidupan Liar serta Kanun Keseksaan.

“Namun, PATI yang ditahan dikenal pasti tidak terbabit dalam kegiatan militan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Makin Mojigoh (BN-Putatan) di Dewan Rakyat, semalam.

Mengulas mengenai kejayaan lain membabitka­n ESSCOM, Shahidan berkata, sejak empat tahun penubuhann­ya, ia berjaya menggagalk­an 13 kes penculikan di perairan Pantai Timur Sabah.

Kata beliau, sejak 2016, ESSCOM sudah mengambil langkah ofensif dengan melakukan penyamaran di atas bot nelayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia