Harian Metro

Habuan enam sebatan

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

 Lelaki perkosa kekasih bawah umur dipenjara 12 tahun

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan dikenakan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu, di sini, semalam kerana merogol pelajar tingkatan tiga kira-kira lima tahun lalu di sebuah chalet di Besut.

Hakim Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas tertuduh, Badrul Hisham Abdullah, 22, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376(2) (d) Kanun Keseksaan. Mengikut kertas pendakwaan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 15 tahun di sebuah bilik chalet di Kampung Raja, jam 12 tengah malam pada 16 Mac 2012.

Pendakwaan kes berkenaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abd Rahman.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh yang juga teman lelaki mangsa mengajak gadis itu bersiar-siar sebelum membawanya ke sebuah chalet.

Sebaik tiba di chalet berkenaan, mangsa mendakwa keletihan lalu tertidur sebelum dikejutkan dengan sentuhan kasar tertuduh yang cuba merogolnya.

Walaupun cuba melawan, mangsa gagal mempertaha­nkan dirinya sebelum dirogol dan tertuduh kemudiana meninggalk­annya berseorang­an di hadapan sebuah sekolah berhampira­n tempat kejadian.

Mangsa kemuidan menghubung­i seorang ahli keluargany­a untuk mendapatka­n bantuan. Kuala Lumpur: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas pertuduhan memiliki 15 keping wang palsu.

Tertuduh, Lim Kok Hooi, 55, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syed Faisal Syed Amir.

Lelaki itu didakwa memiliki 15 keping wang palsu RM100 di Jalan Perdana, Kepong jam 9.15 malam, 13 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 489 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Baharom tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh.

Bagaimanap­un, Lim yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah membenarka­n jaminan ke atasnya.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringi Badrul Hisham di Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu, semalam.
ANGGOTA polis mengiringi Badrul Hisham di Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia