Harian Metro

Penjual kuih pukul rakan dijel sebulan

-

Petaling Jaya: Tindakan seorang penjual kuih yang memukul seorang wanita kerana perselisih­an faham membabitka­n hutang mendapat balasan apabila dia dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, Petaling Jaya, di sini, semalam.

Majistret Atiqah Abd Karim@Husaini menjatuhka­n hukuman itu terhadap Miss Sureena Je-hah, 32, yang juga warga Thailand selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapny­a dalam bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu secara serentak bermula dari tarikh dia ditahan pada 26 Julai lalu.

Sepanjang prosiding itu, ibu tiga anak terbabit dilihat menangis teresak-esak di dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja mencederak­an rakannya, Noraida Mohd Sulong, 49, dengan memukul muka dan kepala wanita itu.

Tindakanny­a itu menyebabka­n mangsa bengkak di muka dan pendarahan di bahagian gigi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di gerai di Jalan KP1/6, Seri Kembangan, di sini, jam 5.15 petang, 25 Julai lalu.

Dakwaan dilakukan mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum sebulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Selain itu, wanita terbabit turut dihukum penjara sebulan kerana tinggal di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan sejak 21 Mei tahun lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di No SA-L2-10, Anjung A, Jalan KP1/6, Pangsapuri Jati, Kota Perdana, di sini, jam 10.30 malam, 25 Julai lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 15(4) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh.

 ??  ?? MISS Sureena
MISS Sureena

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia