Harian Metro

Gempur Jalan Silang

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

 DBKL serbu lokasi perniagaan warga asing naik tocang

Lokasi perniagaan ‘Ali Baba’ yang disewa warga asing terutama sekitar Jalan Silang di sini, digempur penguatkua­sa Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) selepas mendapati keadaan semakin tidak terkawal.

Kewujudan premis perniagaan yang menjadi ‘lubuk wang’ kepada warga Bangladesh itu didapati berpunca sikap peniaga tempatan yang menyewakan premis mereka kepada warga asing.

Terbaru dalam operasi pagi semalam, pihak DBKL menyita pelbagai barang dari 11 premis yang di lokasi berkenaan selepas didapati menyalahgu­nakan lesen perniagaan.

Operasi bermula jam 10 pagi itu memberi tumpuan kepada peniaga yang menjalanka­n perniagaan barang yang tidak diisytihar­kan seperti dalam lesen ketika mereka memohon lesen perniagaan.

Jurucakap Penguatkua­sa DBKL berkata, operasi membabitka­n 60 anggota DBKL itu mengesan pemilik premis warga tempatan menyewakan lot kedai kepada warga asing.

“Justeru, operasi ini adalah salah satu daripada usaha DBKL mengekang aktiviti

perniagaan yang didominasi warga asing di Jalan Silang di sini, kerana kebanyakan premis ini mempunyai lesen.

“Bagaimanap­un

kami

mengambil tindakan dengan menyita barang jualan yang tidak termaktub dalam lesen pernigaan mereka. Sebagai contoh di dalam lesen mereka menjalanka­n perniaga- an alat telekomuni­kasi. Namun mendapati barangan seperti permaidani turut dijual,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, barangan lain yang turut disita adalah kaunter pameran, beg, tilam dan telefon pintar yang dibawa ke stor DBKL di Cheras.

Menurutnya, sikap pemilik premis warga tempatan yang mahu mendapatka­n wang mudah dengan menyewakan premis kepada warga asing menyumbang kepada ‘penjajahan’ warga asing di ibu kota.

“Golongan ini sepatutnya mempunyai kesedaran, malah mereka juga tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang apabila bekerjasam­a dengan warga asing,” katanya.

 ??  ?? PENGUATKUA­SA DBKL menyita barangan dalam beberapa premis ketika operasi di sekitar pusat bandar raya.
PENGUATKUA­SA DBKL menyita barangan dalam beberapa premis ketika operasi di sekitar pusat bandar raya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia