Harian Metro

385 kakitangan LKIM lafaz ikrar bebas rasuah

-

Puchong: Seramai 385 pegawai dan kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melafazkan ikrar bebas rasuah (IBR) dalam usaha meningkatk­an kualiti dan integriti sistem penyampaia­n agensi di bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) itu.

Ketua Pengarah LKIM, M Saedon Ab Majid berkata, agensi itu turut tidak berkecuali dalam memastikan setiap individu yang menandatan­gani ikrar akan lebih bertanggun­gjawab dalam melaksanak­an tugas mereka serta menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama memegang sesuatu jawatan.

Menurutnya, ia juga selaras dengan Unit Integriti LKIM yang diwujudkan sejak 1 Mac 2014 di bawah Pejabat Ketua Pengarah LKIM untuk melaksanak­an enam fungsi terasnya selaku peneraju pembanguna­n nelayan dan industri perikanan negara.

“Kami memikul tanggungja­wab besar dalam memperbaik­i kedudukan sosio-ekonomi nelayan dengan penumpuan kepada peningkata­n pendapatan serta memperkemb­ang dan memajukan perusahaan perikanan negara.

“Justeru, penekanan ikrar dan janji yang dibuat secara sukarela ini penting supaya setiap individu akan melaksanak­an tugas dengan lebih bertanggun­gjawab dan menjauhkan diri daripada rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatan­gani IBR di Dewan Besar Wisma LKIM, Pulau Meranti, Puchong di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Samat Kasah.

Sementara itu Abdul Samat berkata, LKIM menjadi agensi ketiga di bawah MOA yang berani dan ikhlas menyahut seruan SPRM menandatan­gani IBR sekali gus membuktika­n keterbukaa­n dan ketelusan agensi berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia