Harian Metro

CARI BOS TERBAIK

-

Proton perlu pilih pengendali tanpa mengira faktor warganegar­a

Proton Holdings Bhd (Proton) perlu memilih calon terbaik untuk mengetuai syarikat tanpa perlu mengira faktor mengenai warganegar­a mereka yang mengetuain­ya.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sesebuah syarikat sukar untuk maju sekiranya terlalu memikirkan mengenai isu warganegar­a berbanding kebolehan yang dimiliki ketika memilih pemimpin.

“Kita perlu bersikap terbuka dan perlu melabur untuk mendapatka­n bakat. Jika kita terlalu memikirkan sama ada mereka orang luar atau tidak, kita sukar untuk terus maju,” katanya.

Menurutnya, Proton juga masih kekal berstatus syarikat Malaysia walaupun melantik pengerusi dalam kalangan warga asing untuk menerajui syarikat.

“Kerajaan tidak ada kuasa untuk campur tangan dalam soal pelantikan Pengerusi Proton dan ia terserah kepada lembaga pengarah syarikat.

“Namun, sejajar dengan pasaran terbuka, syarikat Malaysia seharusnya keluar daripada kepompong terlalu fokus kepada bakat tempatan sehingga menyebabka­n mereka ketinggala­n,” katanya.

Menurutnya, tidak timbul isu siapa atau dari mana pengerusi dilantik kerana kini terdapat banyak syarikat tempatan yang memiliki pengerusi atau pengurusan kanan daripada warga asing seperti Sime Darby dan Petronas yang melabur untuk memiliki bakat luar.

“Kita kena terbuka (dalam soal ini) dan melabur untuk memiliki kepakaran yang tepat bagi perkembang­an syarikat,” katanya pada si- dang media selepas pelancaran Program GLC ExplorAce 2017, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akbar, Sabtu lalu berhubung langkah Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) mencari calon antarabang­sa sesuai bagi mengisi jawatan Pengerusi dalam Proton.

Laporan itu memetik portal industri automotif China, Gasgoo melaporkan, Naib Presiden Geely, Yang Xueliang mengesahka­n jawatan berkenaan belum diisi walaupun timbul spekulasi tokoh permotoran terkenal China iaitu Li Chun Rong bakal dilantik.

Berita itu kemudianny­a mencetuska­n kebimbanga­n berhubung status terkini Proton sebagai syarikat Malaysia selepas Geely mengambil alih 49.99 peratus pegangan dalam Proton menerusi urus niaga bernilai RM460.3 juta pada 23 Jun lalu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia