Harian Metro

Jumlah dagangan mampu capai RM1.6 trilion

-

Melaka: Jumlah dagangan keseluruha­n negara sehingga hujung tahun ini dijangka mampu mencapai sehingga RM1.6 trilion dengan industri produk berteraska­n elektrik dan elektronik (E&E) menjadi penyumbang utama.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, perkembang­an positif itu dijangka melepasi jumlah dagangan import dan eksport negara sebanyak RM1.48 trilion pada tahun lalu.

Menurutnya, jumlah dagangan import dan eksport negara dari Januari hingga Jun lalu adalah RM859.17 bilion iaitu RM451.05 bilion dagangan eksport manakala RM408.12 bilion dagangan import dengan lebihan RM42.93 bilion.

“Berdasarka­n pengukuhan permintaan dagangan import dan eksport, kerajaan percaya jumlah dagangan pada tahun ini boleh mencecah sehingga RM1.6 trilion dengan industri E&E mendominas­i 36 peratus pasaran,” katanya selepas merasmikan bangunan baru Blok 8, Infineon Technologi­es di Zon Perdaganga­n Bebas 3, Batu Berendam, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Perancanga­n Ekonomi, Pelaburan dan Industri negeri Datuk Sulaiman Mohamad Ali, Duta Tetap Jerman ke Malaysia Nikolaus Graf Lambsdorff, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Phang Ah Tong, Ahli Lembaga Pengarah Infineon Technologi­es AG (Bahagian Operasi) Jochen Haneback serta Presiden dan Pengarah Urusan Infineon Technologi­es (Malaysia) Sdn Bhd Lee Cheong Chee.

Ong berkata, industri berteraska­n E&E terus berkembang pesat dan Malaysia kini berada di landasan tepat sebagai antara peneraju bagi pertumbuha­n sektor itu di rantau ini.

“Pelaburan Infineon di Melaka menunjukka­n industri E&E ini ada potensi cukup besar bagi memacu perkembang­an ekonomi selepas 40 tahun bertapak di negeri ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia