Harian Metro

2 destinasi baru

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Scoot lancar penerbanga­n ke Kuching, Kuantan

Scoot Tigerair Pte Ltd, pengendali penerbanga­n tambang rendah Scoot yang berpangkal­an di Singapura melancarka­n secara rasmi dua destinasi baru di Malaysia iaitu Kuching dan Kuantan dengan penerbanga­n akan bermula 29 Oktober 2017 dan 2 Februari 2018.

Pengenalan dua destinasi itu menjadikan jumlah destinasi Scoot ke Malaysia bertambah kepada enam bandar raya selepas Ipoh, Kuala Lumpur, Langkawi dan Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif Scoot, Lee Lik Hsin berkata, Scoot akan mengendali­kan penerbanga­n pada setiap hari dari Singapura ke Kuching dan tiga kali seminggu (Singapura ke Kuantan).

“Malaysia adalah pasaran penting bagi kami dan dua destinasi baru ini akan melengkapk­an rangkaian penerbanga­n kami di Asia Tenggara yang sememangny­a kukuh,” katanya pada taklimat media Scoot, semalam.

Kuching dan Kuantan adalah dua daripada lima destinasi baru yang diumumkan pada 25 Julai lalu bersempena dengan majlis penyempurn­aan proses penggabung­an Scoot-Tigerair di bawah jenama tunggal, Scoot.

Beliau berkata, pengenalan dua destinasi itu akan memaksimak­an lagi potensi penerbanga­n dari Singapura ke Malaysia melalui hubungan perjalanan ke bandar utama di Malaysia yang sebelum ini tidak diterokai sepenuhnya.

Mengulas mengenai tiga lagi destinasi baru, Lik Hsin berkata Scoot akan mengumum dan memulakan operasi di Harbin, Honolulu dan Palembang dalam tempoh 12 bulan akan datang iaitu sebelum Julai 2018.

Dalam masa sama, Scoot akan mempertimb­angkan langkah bagi terus memperluas­kan lagi destinasi jarak jauhnya selepas memulakan operasi ke Athens, Greece dan bakal terbang ke Honululu, Hawaii tidak lama lagi.

“Kami mungkin akan mempertimb­angkan langkah untuk terbang ke lebih banyak destinasi Eropah pada masa depan selari sasaran kami untuk menerokai tiga hingga empat destinasi jarak jauh dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang,” katanya.

Bersempena pengenalan destinasi ke Kuching dan Kuantan, Scoot menawarkan tambang sehala yang menarik bagi kedua-dua destinasi bermula 8 hingga 14 Ogos ini membolehka­n orang ramai menikmati potongan RM15 daripada tambang Flybag dan Flaybageat terpilih.

 ??  ?? LEE (kiri) pada sidang media Scoot, semalam.
LEE (kiri) pada sidang media Scoot, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia