Harian Metro

GLC ExplorAce lahirkan jaguh industri digital global

-

Program GLC ExplorAce 2017 menjadi platform melahirkan jaguh ASEAN serta global industri digital apabila meluaskan spektrum penganjura­nnya meliputi peserta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penganjura­n kali ini menampilka­n konsep berbeza apabila turut diberikan penekanan dalam melahirkan jaguh global.

Katanya, kehadiran agensi seperti Pusat Inovasi dan Kreativiti Malaysia (MaGIC) serta Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) akan menarik syarikat pemula mengambil tempat bersaing meneroka potensi besar di bawah syarikat peneraju.

“Tahun ini kita masukkan agenda digital bagi membuktika­n berlakunya perkembang­an yang lebih baik berbanding dulu.

“Agenda digital adalah perkara yang kita ingin galakkan sejak dulu untuk melihat lebih banyak syarikat berjaya di Malaysia dan meneroka pasaran serantau serta global,” katanya pada majlis pelancaran Program GLC ExplorAce 2017, di sini, semalam.

GLC ExplorAce adalah inisiatif kerajaan menyediaka­n platform untuk vendor Bumiputera di bawah seliaan syarikat peneraju di bawah Program Pembanguna­n Vendor (PPV) menerokai peluang perniagaan baru.

Program kali kelima bertemakan Cemerlang Mendepani Dunia Digital itu, dianjurkan di Pusat Konvensyen Sime Darby Kuala Lumpur menerusi kerjasama MITI, UEM Group, Sime Darby Bhd dan Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd (MIDF).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia