Harian Metro

Suntik RM20 juta

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

 SF Coffee diberi nafas baru daripada jenama San Francisco Coffee kini tampil dengan konsep baru lebih versatil, urban

SF Coffee, jenama minuman kopi di bawah kendalian Envictus Internatio­nal Holdings Limited (Envictus Internatio­nal) memperuntu­kkan perbelanja­an modal RM20 juta bagi proses penjenamaa­n, pembukaan cawangan baru serta pemasaran bagi tempoh 2017 hingga 2018.

Pengerusi Envictus, Datuk Jaya J B Tan berkata, SF Coffee adalah penjenamaa­n semula dan diberi nafas baru daripada jenama San Francisco Coffee sebelum ini dan kini tampil dengan konsep baru yang lebih versatil serta urban.

Beliau berkata, setakat ini SF Coffee mempunyai 37 cawangan sedia ada dan merancang membuka tiga cawangan baru pada akhir tahun ini serta kira-kira 10 hingga 12 cawangan baru pada 2018.

“Trend dan gaya hidup lebih santai menjadikan minuman berasaskan kopi sentiasa mendapat perhati- an, jadi kami optimis pilihan menjenamak­an semula kepada SF Coffee adalah tepat pada masanya.

“Malah, kami juga merancang untuk mewujudkan lesen francais kepada mereka yang berminat menjadi sebahagian daripada pengendali SF Coffee, namun ia masih di peringkat perbincang­an,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran wajah baru SF Coffee, semalam.

Majlis berkenaan turut menyaksika­n pengenalan konsep baru kedai kopi berkenaan yang direka khusus dengan suasana lebih segar kepada pelanggan di samping minuman kopi berkualiti tinggi.

Tan berkata, cawangan kedai kopi itu menawarkan antara 20 hingga 30 jenis minuman kopi sebagai pilihan kepada penggemarn­ya dan pihaknya mementingk­an proses membru bagi setiap cawan kopi.

“Kami mendapatka­n biji kopi terbaik dari seluruh dunia dan mencari bekalan bagi menghasilk­an kopi luar biasa. Kami memanggang sendiri biji kopi bagi memastikan kesegaran dan melatih barista menjadi lebih cekap,” katanya.

 ??  ?? TAN (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran wajah baru SF Coffee, semalam.
TAN (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran wajah baru SF Coffee, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia