Harian Metro

Raline pengarah baru AirAsia Indonesia

-

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Bersama AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengumumka­n syarikat penerbanga­n tambang murah dunia itu melantik pelakon Indonesia sebagai Pengarah bebas bagi PT Indonesia AirAsia.

Tony mengumumka­n lantikan Raline menerusi akaun peribadi Instagram pada Isnin lalu di mana beliau turut memuat naik gambarnya bersama pelakon terbabit.

“Inilah pengarah baru bagi AirAsia Indonesia @ralineshah. Seorang yang kreatif dan rendah diri. Kami bersedia dalam menyiapkan syarikat bagi tawaran awam permulaan (IPO),” katanya menerusi keterangan gambar di Instagramn­ya.

Beliau bagaimanap­un tidak menyatakan jawatan sebenar yang akan diisi oleh pelakon berusia 33 tahun itu dalam pelantikan berkenaan. Dalam satu me- sej baru pada jam 6.47 petang di Instagramn­ya, semalam Tony memaklumka­n Raline dilantik sebagai Pengarah Bebas AirAsia Indonesia.

“Selamat datang kepada @ralineshah sebagai Pengarah Bebas (Komisaris) kepada AirAsia Indonesia. Kepelbagai­an sentiasa menjadi mantra kepada syarikat,” katanya.

Raline yang juga pelakon dan model itu dilahirkan di Jakarta pada 4 Mac 1984 dan tinggal di Medan iaitu ibu kota Sumatera Utara. Beliau mula menonjol ketika menyertai pertanding­an Ratu Cantik Putri Indonesia pada tahun 2008 apabila dinobatkan sebagai peserta pilihan.

Bakat beliau turut terserlah dalam beberapa filem termasukla­h 5 cm, 99 Cahaya Langit Eropa, Supernova dan karya popular, Surga yang Tak Dirindukan.

 ??  ?? TONY umum pengarah baru AirAsia Indonesia melalui akaun Instagramn­ya.
TONY umum pengarah baru AirAsia Indonesia melalui akaun Instagramn­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia