Harian Metro

10 TAHUN DALAM PERUT

- Agensi

 Wanita tidak sedar tertelan wayar pendakap gigi yang dipakainya

Seorang wanita terkejut apabila mendapati sakit perut yang dialaminya berpunca daripada satu wayar pendakap gigi yang ditelannya tanpa disedari 10 tahun lalu.

Wanita berusia 30 tahun itu mendapat rawatan di sebuah hospital di sini baru-baru ini selepas mengadu sakit perut selama dua hari.

Doktor yang membuat imbasan CT menemui satu objek asing di dalam perut wanita itu.

Selepas imbasan CT doktor segera membuat pembedahan kecemasan bagi mengeluark­an objek berkenaan.

Apabila objek itu dikeluarka­n, doktor terkejut apabila mendapati ia sebenarnya wajar yang digunakan pada pendakap gigi.

Doktor pada mulanya menyangka wanita itu tertelan tulang ikan atau sesuatu yang sama saiz tanpa sengaja dan menyebabka­n perutnya sakit.

“Wayar sepanjang tujuh sentimeter ini masih mempunyai bentuk bulatan dan objek itu yang membuatkan wanita ini sakit perut.

“Kebiasaann­ya kami menemui tulang ikan yang menyebabka­n perut sakit tetapi apa yang dialami wanita itu luar biasa,” kata seorang pakar bedah, Dr Talia Shepherd.

Ujarnya, wanita itu memberitah­u, dia memakai pendakap gigi kira-kira 10 tahun lalu tetapi tidak ingat dia menelan wayar atau menyedari peralatan itu hilang.

“Mungkin wanita itu tertelan wayar pendakap gigi ini ketika tidur kerana dia tidak menyedari kejadian berkenaan.

“Wanita itu bernasib baik kerana wayar ini tidak menyebabka­n kecederaan yang serius,” jelasnya.

 ??  ?? IMBASAN CT menunjukka­n kedudukan wayar pendakap gigi (dalam bulatan) yang dikesan di dalam perut wanita itu. - Agensi
IMBASAN CT menunjukka­n kedudukan wayar pendakap gigi (dalam bulatan) yang dikesan di dalam perut wanita itu. - Agensi
 ??  ?? DOKTOR menunjukka­n wayar pendakap gigi yang berjaya dikeluarka­n melalui pembedahan. - Agensi
DOKTOR menunjukka­n wayar pendakap gigi yang berjaya dikeluarka­n melalui pembedahan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia