Harian Metro

‘Ini bukan muka diktator’

- Agensi

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menafikan tuduhan dia mahu menjadi seorang diktator selepas membuat beberapa dasar yang didakwa sesetengah pihak bersifat kuku besi.

Dalam satu sesi soal jawab bersama ulama dan pelajar pondok di Min h a aju r ros y idi n Lubang Buaya, Jakarta Timur kelmarin, Jokowi seserta cara bergurau meminta peserta tidak takut bertanya apa jua soalan.

“Sila ke hadapan untuk bertanya soalan. Jangan takut presiden ini bukan seorang diktator,” katanya.

Jokowi memberitah­u, dia banyak membaca laporan termasuk di media sosial yang mendakwa dia mahu menjadi seorang diktator.

“Muka seperti ini mahu jadi diktator,” katanya yang disambut dengan ketawa daripada para hadirin.

Ini adalah kali pertama Jokowi secara terbuka menafikan dia mahu menjadi diktator dengan menggubal beberapa undang-undang yang dianggap sebagai kuku besi.

Jokowi sebelum ini dikritik selepas menandatan­gani arahan presiden yang membolehka­n sesebuah pertubuhan yang disyaki menentang rukun negara atau Pancasila diharamkan.

Aktivis hak asasi manusia mengkritik undang-undang berkenaan kerana didakwa tidak mengikut Perlembaga­an.

Undang-undang itu juga dianggap bersifat kuku besi kerana membolehka­n kerajaan mengharamk­an sesebuah pertubuhan tanpa melalui proses mahkamah.

Selepas undang-undang itu diluluskan, Kementeria­n Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia bertindak mengharamk­an pertubuhan Hizbut Tahrir Indonesia (HTI).

HTI diharamkan kerajaan kerana bercita-cita menubuhkan sebuah kerajaan khalifah yang didakwa kerajaan bertentang­an dengan Pancasila.

 Jokowi nafi mahu wujudkan kerajaan kuku besi

 ??  ?? JOKOWI
JOKOWI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia