Harian Metro

Padah dera sepupu sampai mati

-

Seorang wanita dihukum mati kerana membunuh sepupunya berusia 10 tahun apabila mengurung kanak-kanak berkenaan di dalam kotak simpanan plastik selama beberapa jam selepas mangsa ‘mencuri’ ais krim.

Sammantha Allen, 29, menjadi wanita ke-55 yang menantikan hukuman mati di Amerika Syarikat (AS) susulan keputusan juri, kelmarin, selepas perbincang­an sejak Rabu lalu berhubung sama ada wanita itu patut menerima hukuman paling tegas atau dipenjara seumur hidup.

Sammantha didapati bersalah atas satu tuduhan membunuh sepupunya Ame Deal dan empat penderaan kanak-kanak pada Julai 2011.

Menurut pihak berkuasa, Sammantha dan suaminya, John, 29, memaksa Ame masuk ke dalam kotak berkenaan pada malam sebelum dia ditemui mati kerana mengambil ais krim dari peti sejuk tanpa kebenaran mereka.

Dia sebelum itu dipaksa berlari keliling halaman rumah dalam keadaan cuaca panas terik sebelum dikurung di dalam kotak berukuran 35 sentimeter dan cuma mempunyai dua lubang kecil.

Pasangan berkenaan kemudian memangga kotak itu dan tidur, namun Ame mati lemas pada malam berkenaan yang hanya disedari selepas mereka mahu melepaskan­nya tujuh jam kemudian.

Ketika disoal siasat, Sammantha berkata dia menyangka suaminya akan melepaskan Ame sebelum tidur dan mereka tidak berniat membunuh mangsa.

Perbicaraa­n suaminya atas tuduhan bunuh serta penderaan kanak-kanak dijadualka­n bermula pada 9 Oktober ini. Dia juga berdepan hukuman mati. Daily Mail

 ??  ?? SAMMANTHA (kiri) dihukum mati kerana membunuh Ame. - Agensi
SAMMANTHA (kiri) dihukum mati kerana membunuh Ame. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia