Harian Metro

GUGUR KOMALAM Keputusan munasabah

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Tiada kompromi bagi mana-mana atlet yang mempunyai masalah disiplin dan hakikat itu terbukti apabila atlet pecut S Komalam menjadi atlet pertama digugurkan daripada skuad olahraga negara.

Biarpun temasya Sukan SEA Kuala Lumpur hanya berbaki 10 hari, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengambil tindakan drastik dengan menggugurk­an Komalam.

Perkara itu disahkan pengurus pasukan olahraga negara ke Sukan SEA Datuk Salim Parlan selepas menghadiri sesi pendengara­n bersama jawatankua­sa bebas yang diketuai Naib Pengerusi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib.

Tegas Salim, penamaan atlet bermula dengan Jawatankua­sa Pemilihan KOM yang kuasa sepenuhnya terletak di tangan KOM.

“Penggugura­n Komalam dibuat atas rentetan beberapa peristiwa yang berpunca daripada disiplin atlet berkenaan. Nasihat, peringatan, dan ulangan amaran sudah diberi. Tapi perkara ini terus berulang.

“Jadi KOM perlu buat keputusan dan saya sendiri yang mencadangk­an untuk menggugurk­an Komalam selepas berbincang dengan jurulatih bertanggun­gjawab.

“Demi keharmonia­n pasukan, perkara ini perlu dilakukan kerana detik-detik terakhir ini boleh mengganggu persediaan pasukan. Maka dengan ini keputusan untuk menggugurk­an Komalam perlu dilakukan,” katanya.

Menurut Salim, Komalam digugurkan daripada pasukan pada 4 Ogos lalu dengan atlet berkenaan membuat rayuan sehari selepas itu.

Semalam, KOM menegaskan bahawa tetap dengan keputusan untuk menolak rayuan Komalam.

Penggugura­n itu bermakna hanya Zaidatul Husniah Zulkifli akan beraksi dalam acara 200m dengan tempat Komalam dalam acara 4x100m akan ditentukan kelak.

Kata Salim, ketiadaan Komalam bagaimanap­un tidak menjejaska­n sasaran emas negara kerana dia tidak diletakkan dalam senarai atlet yang mampu menyumbang kilauan pingat itu.

Catatan

terbaik atlet berusia 29 tahun itu dalam acara 100m adalah 11.76 saat yang dilakukan tahun lalu dan turut berada dalam kuartet 4x100m yang memegang rekod kebangsaan

Lumpur: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan alasan penggugura­n atlet pecut wanita negara S Komalam daripada kuartet 4x100 meter negara adalah munasabah dan beliau diberi jaminan prospek untuk memburu pingat acara itu pada temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur tidak terjejas.

Ditemui selepas majlis pelancaran lagu rasmi tema temasya sukan itu

 Masalah disiplin atlet itu punca diketepika­n, tak jejas misi emas skuad olahraga negara

45.18s bersama-sama Zaidatul Husniah, Siti Fatimah Mohamad dan Nurul Faizah Asma Mazlan ketika Kejohanan Trek dan Padang Asia di India bulan lalu. yang bertajuk ‘Bangkit Bersama’ serta maskot RIMAU semalam, Khairy berkata keputusan itu dibuat bersama antara Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Majlis Sukan Negara (MSN) serta Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Sudah tentu soalan pertama saya adakah ini akan menjejaska­n prestasi kita di Sukan SEA, tapi jawapan yang saya terima memuaskan kerana atlet lain boleh menggantik­an tempat Komalam.

“Penggugura­n itu juga dibuat atas sebab munasabah dan saya sendiri berpuas hati,” katanya.

Jelas Khairy, sebagai menteri beliau enggan mencampuri keputusan penggugura­n itu dan menyerahka­n segala-galanya kepada pihak yang terbabit.

 ??  ?? KOMALAM
KOMALAM
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia