Harian Metro

Malek optimis Malaysia juara

-

Kuala Lumpur: Bekas jaguh bina badan negara Datuk Malek Noor yakin kontinjen negara pada temasya Sukan SEA ini mampu merealisas­ikan impian bergelar juara keseluruha­n.

Biarpun sedar ia bukan tugas mudah apabila bakal ditentang hebat barisan atlet Thailand namun beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd (UFL) berkata, semangat luar biasa atlet akan menjadikan­nya realiti.

Malah kehadiran Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang akan bertanding dalam acara polo mampu memberi suntikan semangat kepada atlet negara yang akan mengibarka­n cabaran bermula dari 19 hingga 30 Ogos ini.

“Sukan SEA kali ini akan menjadi sesuatu yang istimewa. Temasya penuh gemilang dengan saya sendiri tidak sabar untuk hadir memberikan sokongan.

“Atlet negara akan melakukan yang terbaik dan Malaysia akan menjadi nombor satu, menewaskan Thailand, Filipina dan Indonesia,” katanya.

Sementara itu UFL bersama Sportboleh Sdn Bhd yang mengeluark­an produk pakaian sukan berprestas­i tinggi yang dikenali sebagai Lila Exogen Movementec­hnology diharapkan dapat meningkatk­an prestasi atlet negara.

Pada sesi pelancaran produk berkenaan, Pengarah Urusannya Joseph Dolcetti berkata, Lila Exogen ini sudah digunakan oleh kebanyakan atlet negara antaranya barisan atlet hoki yang sudah melayakkan diri ke Kejohanan Dunia selain Datuk Lee Chong Wei dan juga wira Paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Mohd Ridzuan Puzi.

“Menerusi sokongan dan bantuan daripada pasukan, kami berharap dapat membantu lebih ramai atlet mencapai kejayaan bukan hanya di Sukan SEA malah untuk Sukan Asia dan juga Komanwel nanti,” katanya.

Terdahulu UFL menjadi sebahagian daripada penaja platinum temasya Sukan SEA 2017 dan menjadi pengedar pakaian rasmi temasya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia