Harian Metro

Teruja bawa Jalur Gemilang

- Ajitpal Singh ajitpalsin­gh@nst.com.my

Kuala Lumpur: Jaguh terjun baru dunia Cheong Jun Hoong teruja menjadi antara tiga pembawa Jalur Gemilang untuk Malaysia pada upacara pembukaan Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil, 19 Ogos ini.

Jun Hoong yang memenangi emas 10m platform individu pada Kejohanan Dunia di Budapest bulan lalu terpilih bersama-sama seorang lagi dua lagi jaguh dunia iaitu atlet berbasikal Azizulhasn­i

Awang dan pesilat

Mohd Al-Jufferi

Jamari.

“Saya berterima kasih kepada pihak berkenaan yang memberikan saya penghormat­an dan pengiktira­fan sebagai pembawa bendera,” kata

Jun Hoong, yang ketika ini menjalani latihan pusat di Guangzhou, China.

“Saya menerimany­a sebagai anugerah dari negara atas semua kesukaran dan halangan yang diharungi untuk menjadi seorang penerjun disegani.

“Ia juga satu detik istimewa kerana Malaysia mempunyai tiga pembawa bendera.

Ia hadiah paling berharga pernah saya terima sebagai atlet dan saya teruja.”

Terjun juga mendapat pengiktira­fan sama di Sukan SEA Singapura 2015 dengan Leong Mun Yee sebagai pembawa bendera.

Upacara penyerahan bendera secara rasmi kepada pasukan Malaysia akan diadakan di Putrajaya esok.

Saya menerimany­a

sebagai anugerah dari

negara

Cheong Jun Hoong

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia