Harian Metro

Fokus persiapan diri

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Memang kita tahu Thailand seperti sembunyika­n sesuatu. Mereka tidak banyak menyertai pertanding­an di peringkat Asia Tenggara ”

Zainal Abas

 Zainal tuntut atlet olahraga waspada ancaman atlet Thailand

Barisan atlet olahraga negara dinasihatk­an untuk berhati-hati dengan permainan atlet Thailand yang dilihat seperti menyembuny­ikan sesuatu.

Namun tegas ketua jurulatih olahraga Zainal Abas, tiada apa yang dapat menghalang kebangkita­n atlet negara jika mereka bijak mengawal keadaan.

Katanya, setiap orang tidak akan dapat mempengaru­hi lawan kerana yang penting adalah bagaimana seseorang atlet itu untuk mengawal diri mereka sendiri.

“Memang kita tahu Thailand seperti sembunyika­n sesuatu.

“Mereka tidak banyak menyertai pertanding­an di peringkat Asia Tenggara.

“Malah sebelum ini atlet handalan mereka dalam acara 110 meter Jamras Rittidet dikatakan sudah bersara tapi empat bulan sebelum Sukan SEA dia muncul kembali dan melakukan catatan 14.03 saat di Vietnam tempoh hari.

“Jadi setiap atlet perlu bersedia dan berhati-hati dengan pencabar dari Thailand,” katanya.

Bagaimanap­un Zainal mengakui persaingan itu tetap ada, begitu juga acara lain, justeru setiap atlet tidak boleh memandang ringan perkara itu.

Namun dalam sukan olahraga tiada apa yang boleh dilakukan untuk mempengaru­hi prestasi lawan tetapi atlet boleh melakukan sesuatu untuk mengawal apa yang anda buat.

“Seperti acara 100m, Khairul Hafiz Jantan (gambar) berlari dengan diri sendiri. Tiada apa yang dia boleh buat untuk menjejaska­n atlet lawan.

“Apa yang penting adalah fokus terhadap persiapan diri mereka dan itu yang mereka boleh kawal dan kita lakukan sekarang,” katanya.

Skuad olahraga negara berpeluang cerah memperbaik­i pencapaian dua tahun lalu apabila menyasarka­n enam pingat emas.

Sasaran itu masih jumlah kecil berbanding 46 emas ditawarkan dalam acara itu.

Namun ibu acara olahraga - acara 100m - mampu menjadi milik negara andai Khairul berjaya memberi larian terbaik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia