Harian Metro

Ju Pha gusar rehat panjang jejas prestasi

- Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my

Nilai: Pelumba berbasikal negara Ju Pha Som Net mengakui tertekan dalam menjelmaka­n pingat buat negara di Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur yang akan berlangsun­g pada 19 hingga 30 Ogos ini.

“Kalau diikutkan memang sedikit tertekan kerana saya berehat enam bulan bagi menjalani latihan rekrut polis.

“Saya hanya mula berkayuh semula pada Mei lalu, jadi ada tiga bulan saja sebelum temasya. Jadi agak terkejar-kejar,” katanya ketika sesi latihan di Velodrom Nasional di sini semalam.

Ju Pha berkata, bagaimanap­un dia menyasarka­n untuk menduduki podium dalam penyertaan­nya dalam acara omnium nanti.

“Kali terakhir acara trek dipertandi­ngkan pada 2011 di Jakarta dan saya memenangi emas acara pecut berpasukan berganding­an dengan Fatehah (Mustapa). Bagaimanap­un kali ini saya hanya akan beri tumpuan terhadap omnium dan dua acara lebuh raya,” katanya.

Katanya, pelumba dari Indonesia dan Thailand bakal menjadi saingan utama nanti.

“Saya tak tahu tahap saya dalam kalangan peserta lain buat masa ini kerana sudah lama tidak bersaing dengan mereka. Kali terakhir saya bertemu mereka adalah pada Kejohanan Berbasikal Asia di Jepun tahun lalu,” katanya.

Pelumba basikal yang berasal dari Perlis itu berkata, dia berharap dapat mengelak kecederaan bagi membolehka­nnya beraksi dengan baik apa lagi keluargany­a akan memberi sokongan di Nilai nanti.

 ??  ?? JU Pha (kanan) menjalani latihan menjelang Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur di Velodrom Nasional, semalam.
JU Pha (kanan) menjalani latihan menjelang Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur di Velodrom Nasional, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia