Harian Metro

Chong Wei tenang, kekal fokus menjelang undian Kejohanan Dunia

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

aya bukan keluar jauh, hanya di lobi,” kata pemain beregu campuran negara, Goh Soon Huat berkenaan kenyataan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo kelmarin apabila mengesahka­n ada atlet negara melanggar perintah berkurung di Hotel Renaissanc­e (penginapan rasmi kontinjen negara).

Menurut Soon Huat, ketika kejadian pada malam Sabtu itu, dia dan rakan sebilik, Iskandar Zulkarnain Zainuddin baru pulang dari menyertai Kem Perhimpuna­n Atlet Sukan SEA kira-kira

(gambar)

jam 10 atau 11 malam.

“Saya tengok rakan sebilik, Iskandar sudah letih dan mahu tidur, jadi saya mengambil keputusan untuk bercakap telefon di luar bilik dan terserempa­k dengan pengurus pasukan, Mat Rashid Jahlil namun saya menjelaska­n mahu berbicara sebentar bersama rakan di telefon sebelum tidur,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Jelas pemain kelahiran Melaka itu, perbualann­ya bersama rakan menjadi semakin panas dan mereka bergaduh dalam talian berkenaan dengan isu peribadi.

“Saya memberitah­u kepada rakan saya, kami dilarang meninggalk­an kem latihan. Jadi dia bersetuju untuk datang mengambil barang, mendengar penjelasan saya dan menyelesai­kan isu pergaduhan berkenaan. Dia tidak tahu tempat ini, jadi saya keluar dari hotel di kawasan lobi untuk tunggu dia datang ke sini.

“Selepas kami berbincang dalam jam 3 pagi, saya naik semula ke bilik. Saya bukannya keluar jauh. Hanya di luar hotel saja,” katanya yang akan berganding­an bersama Shevon Lai di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Soon Huat berkata, pada mulanya memang dia ada berasa sedikit terganggu kerana tidak menyangka perkara ini akan menjadi isu besar.

“Selepas itu saya mula fokus kepada diri saya sendiri dan setakat ini persiapan saya bersama Shevon berjalan lancar. Kita sudah bersiap-sedia untuk berdepan pemain lawan termasuk mengkaji permainan mereka menerusi kelas video,” katanya.

Sementara itu, Chef-de-mission (CDM) Sukan SEA negara Datuk Marina Chin masih menunggu laporan rasmi mengenai atlet yang gagal mematuhi larangan keluar selepas 11.30 malam dari penginapan rasmi kontinjen negara.

Selain Soon Huat seorang lagi atlet yang dikatakan terbabit dalam isu ini ialah pemain futsal.

Lebih 700 atlet berada di hotel berkenaan untuk kem persiapan terakhir kontinjen negara menjelang Sukan SEA dan sepanjang tempoh penginapan, termasuk ketika temasya itu bermula 19-30 Ogos ini, mereka tidak dibenarkan keluar selepas jam 11.30 malam. Kuala Lumpur: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kekal tenang dan fokus menjelang undian Kejohanan Dunia yang akan diadakan di ibu pejabat Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Chong Wei yang sekarang ini menghuni ranking kedua dunia, mengakui ia sama saja walaupun dia diletakkan sebagai pilihan pertama atau kedua di kejohanan berkenaan kerana paling penting buatnya siapa lawan ditentang.

“Pilihan pertama atau kedua sama saja, lebih kurang. Apabila undian sudah keluar esok (hari ini) saya mahu lihat siapa lawan siapa. Dari situ saya boleh mula untuk melakukan persiapan mengikut pemain lawan yang akan saya temui,” katanya ketika ditemui media di Akademi Badminton Malaysia (ABM) semalam.

Jelasnya, selepas mengetahui susunan undian dan pemain yang akan ditentang, dia bersama ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara, Datuk Misbun Sidek bakal melakukan perbincang­an mengenai skop latihan.

“Kita akan melihat kembali persediaan berdasarka­n permainan yang akan digunakan oleh pemain lawan. Saya tidak boleh fokus diri sendiri saja, pemain lawan juga harus diberi perhatian.

“Paling penting ialah memberi tumpuan

(gambar)

kepada persiapan diri sendiri dan kondisi yang baik. Ini penting kerana kalau asyik fokus kepada pemain lawan tapi kondisi tidak dijaga ia memang sia-sia. Kita akan tunggu undian keluar esok dan bincang mengenai taktikal yang akan digunakan ke atas pemain berlainan,” kata Chong Wei.

Pemenang perak Sukan Olimpik Beijing (2008), London (2012) dan Rio (2016) itu berkata, dia tidak boleh memandang rendah dan perlu fokus kepada semua pemain terutama sekali dari China yang mempunyai empat wakil termasuk Lin Dan serta Chen Long.

“Saya cuba memberikan permainan terbaik dan fokus satu demi satu perlawanan dan tidak perlu terus fikir mengenai siapa yang akan saya jumpa di suku akhir mahupun separuh akhir selepas undian selesai esok.

“Kita dapat lihat di Olimpik Rio sebelum ini, banyak kejutan dalam acara beregu lelaki dan campuran. Paling penting saya kekal fokus kepada diri sendiri bermula dari sekarang,” katanya yang berkemungk­inan berdepan Chen Long atau Lin Dan di suku akhir nanti.

Chong Wei yang akan berlepas ke Glasgow minggu depan turut diiringi dua pemain perseorang­an lelaki, Choong Yee Han dan Tan Jia Wei, dengan kedua-dua rakan senegara itu bakal dijadikan ‘rakan sparring’.

 Soon Huat nafi langgar perintah berkurung di hotel

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia