Harian Metro

Iktibar buat semua pemain: Rashid

-

Kuala Lumpur: Pengurus pasukan skuad badminton negara di Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, Mat Rashid Jahlil berpuas hati dengan penjelasan pemain beregu campuran, Goh Soon Huat dan berharap perkara berkenaan menjadi iktibar semua pemain.

Menurutnya, beliau sudah memanggil Soon Huat dan berpuas hati dengan penjelasan diberikan - bukan keluar dari hotel tetapi hanya turun di kawasan lobi untuk berjumpa dengan rakan selepas berlakunya pertengkar­an melalui telefon.

“Dia sudah diberikan amaran dan berharap tidak mengulangi perkara ini. Bukan saja dia seorang saja tapi kesemua pemain negara. Kami mempunyai ‘WhatsApp Group’ dan saya berkongsi semua maklumat berkaitan perkara ini kepada pemain lain, jurulatih serta pegawai BAM (Persatuan Badminton Malaysia).

“Apabila berkongsi maklumat ini, saya berharap ia diambil berat semua pihak dan Soon Huat sendiri bersama pemain lain berjanji untuk tidak mengulangi perkara ini,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara.

Jelas Mat Rashid, beliau sudah memaklumka­n perkara ini kepada Pegawai Majlis Sukan (MSN) dan Sukan SEA secara lisan namun masih belum melakukann­ya secara bertulis atau rasmi.

“Bagi saya perkara ini bukannya sangat besar kerana kejadian berlaku malam Sabtu dan mereka tidak mempunyai latihan keesokan harinya. Setakat di lobi ia masih boleh dimaafkan tapi perkara ini tetap akan dibincangk­an dalam Mesyuarat C&T (Jawatankua­sa Kejurulati­han & Latihan) esok (hari ini).

“Ia bergantung kepada ahli jawatankua­sa sama ada akan memberi surat amaran atau mengenakan hukuman kepada Soon Huat. Bagi saya dia datang berjumpa saya dan mengaku mengenai perkara ini, jadi ia pengajaran yang baik. Saya harap perkara ini diambil dari sudut positif buat semua pemain badminton,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia