Harian Metro

Spieth tak hadapi tekanan tambahan

-

Charlotte: Jordan Spieth

(gambar) berkata, walaupun berpeluang muncul pemain termuda yang melengkapk­an karier Grand Slam jika berjaya memenangi Kejohanan PGA edisi ke-99 minggu ini, hakikat itu langsung tidak memberi tekanan tambahan baginya.

Tetapi pemain Amerika Syarikat berusia 24 tahun itu yang memenangi gelaran utama ketiganya dua minggu lalu di Terbuka British, turut berhasrat melakar sejarah apabila aksi di Quail Hollow bermula minggu ini.

“Saya tidak perlu menjadi yang termuda. Saya tidak tertekan dengan peluang berkenaan,” kata Spieth.

“Saya langsung tidak merasakan tekanan tambahan. Jika ia berlaku, pasti hebat. Jika tidak, mungkin ia akan hadir tidak lama lagi. Sepanjang bergelar pemain golf profesiona­l, memang impian saya ialah untuk melengkapk­an karier grand slam.”

Spieth yang juga pemain nombor dua dunia selain muncul juara Masters 2015 dan Terbuka AS, bakal menjadi pemain lelaki keenam yang menyapu semua empat gelaran kejohanan utama selepas Jack Nicklaus, Tiger Woods, Ben Hogan, Gary Player dan Gene Sarazen.

Spieth akan berusia 24 tahun 17 hari Ahad ini, enam bulan lebih muda berbanding Woods - pemain termuda yang memenangi empat kejuaraan utama setakat ini.

Dan Spieth mungkin menjadi pemain pertama yang melengkapk­an karier slam dengan kemenangan di Kejohanan PGA. Nicklaus, Woods dan Hogan melengkapk­an karier slam mereka di Terbuka British, Sarazen di Masters dan Player di Terbuka AS.

Buat masa ini, Spieth adalah antara 13 pemain yang sudah memenangi tiga daripada empat kejuaraan utama di sepanjang karier mereka. Dia akan menyertai Tom Watson serta mendiang Arnold Palmer sebagai pemain yang tidak menang di Kejohanan PGA.

Sebarai itu turut diisi Phil Mickelson yang pernah memenangi lima kejuaraan utama tetapi terlepas gelaran Terbuka AS serta Rory McIlroy yang memenangi empat kejuaraan utama kecuali Masters untuk melengkapk­an karier masing-masing. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia