Harian Metro

Coe tidak miliki semangat kesukanan

-

London: Layanan Presiden Olahraga Dunia, Sebastian Coe serta IAAF ke atas juara 100 meter dunia, Justin Gatlin disifatkan sebagai tidak berperikem­anusiaan dan tidak memiliki semangat kesukanan, kata ejen atlet berkenaan.

Coe yang juga juara Olimpik dua kali dalam acara 1500m, memberitah­u BBC Ahad lalu bahawa kemenangan Gatlin yang pernah disabitkan kesalahan doping sebelum ini, tidak cukup sempurna.

Gatlin, 35, yang diejek sebelum berlumba selain dihina selepas memenangi aksi final, mengalahka­n bintang Jamaica, Usain Bolt di London, Ahad lalu.

Kira-kira 60,000 penonton mengejek Gatlin selain menyanyika­n nama pemenang gangsa, Bolt walaupun

(gambar)

atlet tumpuan itu tewas.

Coe mengaku tidak begitu selesa melihat Gatlin kembali memenangi kejohanan dan mendedahka­n beliau tidak suka menyampaik­an pingat kepada atlet berkenaan.

“Saya tidak begitu gembira apabila seseorang yang pernah dikenakan dua kali hukuman penggantun­gan akibat doping, pulang dengan salah satu pingat menerusi acara paling berprestij ini,” kata Coe, 60.

Bagaimanap­un, ejen Gatlin, Renaldo Nehemiah yang juga bekas pemegang rekod dunia acara 110m berpagar, membalas kenyataan Coe.

“Saya menyalahka­n semuanya kepada Lord Coe,” katanya kepada BBC.

“Saya tidak menyokong doping tetapi Justin Gatlin tidak boleh dihina.

“Dia sudah menjalani hukumannya, dia mengikut peraturan dan IAAF membenarka­n dia kembali beraksi. Mereka pernah berkata bahawa anda akan diterima semula selepas selesai menjalani hukuman.

“Justeru, untuk menjadikan Justin Gatlin sebagai anak tiri adalah sangat tidak adil.

“Ia tidak berperikem­anusiaan. Ia tidak mencermink­an semangat kesukanan.” - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia