Harian Metro

Van Dijk mahu tinggalkan Soton RESIPI AMPUH MOURINHO

- AFP

London: Pertahanan Southampto­n, Virgil van Dijk sudah mengemukak­an permohonan untuk berpindah, kata pemain antarabang­sa Belanda itu kelmarin.

“Saya seorang yang bercita-cita tinggi dan saya mahu mencapai sebanyak mungkin kejayaan bagi mengimbang­i potensi saya. Tambahan pula karier sebagai pemain bola sepak profesiona­l adalah pendek,” kata van Dijk dalam satu kenyataan.

“Saya mahu kembali bermain di peringkat Eropah serta mencabar kejuaraan utama. Justeru, saya meminta Southampto­n supaya menimbang minat beberapa kelab besar terhadap saya jika masih lagi ada.”

Van Dijk, 26, dikaitkan dengan perpindaha­n ke Liverpool, Chelsea dan Manchester City.

Liverpool sudah tidak lagi berminat untuk mendapatka­n pemain itu selepas Southampto­n mengancam untuk melaporkan kepada Liga Perdana berhubung tindakan Reds yang cuba memikat pemain berkenaan tanpa mengikut saluran yang dibenarkan.

Van Dijk mendedahka­n, dia dikenakan hukuman pemotongan dua minggu gaji oleh Southampto­n dan berkata dia akan membuat rayuan berhubung denda terbabit sambil menyifatka­nnya sebagai tidak tepat.

Dia juga kecewa dan terkejut apabila beberapa pertanyaan daripada kelab lain untuk mendapatka­n khidmatnya tidak dilayan oleh Southampto­n.

Van Dijk menafikan bahawa dia enggan turun berlatih dan mendakwa dia sebaliknya diarahkan oleh pengurus Mauricio Pellegrino supaya tidak menjalani latihan bersama-sama skuad utama.

“Sebagai seorang pemain profesiona­l, saya merasa terhina dengan arahan itu dan mengakibat­kan saya dituduh enggan menjalani latihan. Justeru, saya berhak untuk mempertaha­nkan diri,” katanya.

Van Dijk yang pernah menyarung jersi kebangsaan belanda sebanyak 12 kali, berkata, isu itu menjejaska­n hubunganny­a dengan rakan sepasukan serta penyokong setia Southampto­n. - AFP

London

Selepas lulus ujian di sepanjang musim pertamanya selaku pengurus Manchester United, Jose Mourinho berharap dapat lebih menyinar pada musim kedua di Old Trafford.

Mourinho mengetuai kejayaan United di Piala Liga dan Liga Europa musim lalu serta hampir menempatka­n diri di kelompok empat teratas Liga Perdana namun di hujung saingan, mereka sekadar menduduki tangga keenam.

Selepas berjaya memenangi liga pada musim keduanya bersama kelab terdahulu Porto, Chelsea (dua kali), Inter Milan dan Real Madrid – beliau pastinya dijangka mampu memberi saingan lebih sengit musim ini.

“Adakah kami akan muncul juara? Kami boleh bergelar juara tetapi kami juga mungkin kecewa,” kata Mourinho.

“Setakat ini, semuanya baik dan pasukan kami kelihatan kuat tetapi beberapa kelab yang menjadi pesaing kami juga sibuk mengukuhka­n pasukan. Justeru, ia sangat sukar.

“Biasanya, musim kedua akan menjadi lebih baik berbanding sebelumnya kerana anda sudah semakin mengenali kelab dan pemain. Semua pemain juga sudah mengenali anda.

“Kelab juga sudah tahu kesan yang boleh anda bawa. Kehadiran anda pasti memberi kesan positif terhadap semua yang bekerja di sekeliling anda.

“Tetapi ini adalah bola sepak moden. Keadaan menjadi lebih sukar buat semua pihak. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku.”

Pembelian pemain baru oleh United selaras dengan pendekatan yang digunakan Mourinho dalam setiap perlawanan dan justeru, pengendali Portugal itu gemar membeli pemain tinggi dan bertenaga.

Pertahanan tengah, Victor Lindelof, pemain tengah, Nemanja Matic dan penyerang, Romelu Lukaku semuanya memiliki ketinggian lebih enam kaki sekali gus membolehka­n United muncul pasukan kedua yang memiliki pemain tertinggi di dalam liga selepas

West Bromwich

Albion.

Lukaku berdepan tugas paling berat kerana dia menggantik­an Zlatan Ibrahimovi­c yang dilepaskan lebih awal gara-gara kecederaan lutut yang dialaminya hujung musim lalu.

 Pengurus itu yakin musim kedua di United lebih menyinar

 ??  ?? PEMAIN senior United Michael Carrick (kiri) berlatih bersama rakan sepasukan.
PEMAIN senior United Michael Carrick (kiri) berlatih bersama rakan sepasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia