Harian Metro

Kolasinic macam ‘kereta kebal’

-

London: Penyerang Arsenal, Theo Walcott melabel rakan sepasukan barunya, Sead Kolasinac sebagai ‘kereta kebal’ dan berkata pemain pertahanan itu mempunyai kekuatan yang cukup untuk menyerlah di Liga Perdana.

Kolasinac, 24, yang menyertai Arsenal menerusi perpindaha­n percuma dari Schalke 04, masuk bagi menggantik­an Per Mertesacke­r yang cedera dan menjaringk­an gol pertamanya bersama Gunners ketika mengalahka­n Chelsea pada aksi Perisai Komuniti, Ahad lalu.

Walcott berkata, dia kagum dengan kekuatan fizikal serta usaha keras pemain antarabang­sa Bosnia itu.

“Sead kelihatan benar-benar kebal,” kata Walcott. “Bukan mudah untuk melepasi kawalannya dan saya yakin kekuatan fizikal yang dimilikiny­a akan menjadi harta yang tidak ternilai buat kami musim ini.

“Anda boleh lihat sendiri kekuatan yang dimilikiny­a apabila dia memegang bola. Ia sesuatu yang seronok untuk dilihat dan kehadirann­ya sesuatu yang sangat positif buat pasukan.

“Percayalah cakap saya. Dia seorang sukar untuk dilihat berada dalam keadaan letih. Dia seorang yang cukup sesuai untuk liga ini. Memang sempurna.”

Sementara itu, bekas penyerang Gunners, Thierry Henry yakin seorang lagi pemain baru, Alexandre Lacazette akan turut menyinar musim ini.

Lacazette yang dibeli dari Olympique Lyonnais, akan berdepan saingan

Olivier Giroud,

Danny

Welbeck,

Theo Walcott dan

Alexis Sanchez untuk mengisi barisan depan pasukan.

“(Lacazette) mempunyai corak permainan berbeza dengan Giroud dan saya rasa ia perkara yang bagus kerana anda perlukan penyerang memiliki pelbagai kemahiran,” katanya.

“Dia menyerlah di liga Perancis dan orang mungkin berkata ia liga yang tidak sehebat Liga Perdana. Bagaimanap­un, dia juga sudah sering bersama pemain hebat. Saya yakin dia akan mengharung­i musim yang baik di sini.

“Tetapi apa yang memainkan peranan ialah penggilira­n pemain. Ada kalanya anda perlukan Giroud atau (Alexis) Sanchez di bahagian tengah dan ada masanya anda perlukan (Danny) Welbeck atau

Walcott.” - AFP

 ??  ?? KOLASINIC (kiri) miliki kekuatan fizikal dan kental di barisan pertahanan Arsenal.
KOLASINIC (kiri) miliki kekuatan fizikal dan kental di barisan pertahanan Arsenal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia