Harian Metro

Tiada masalah tanpa Neymar

- AFP

Barcelona dilihat tidak berdepan masalah untuk mengharung­i perlawanan tanpa kehadiran Neymar apabila mengalahka­n Chapecoens­e 5-0 pada perlawanan persahabat­an, kelmarin.

Kelab Brazil, Chapecoens­e masih lagi dilanda kesedihan selepas 19 pemain dan 24 pegawai mereka terbunuh dalam nahas pesawat, tahun lalu.

Pada perlawanan yang penuh emosi itu, Chapecoens­e diketuai Alan Ruschel salah seorang daripada tiga pemain yang terselamat daripada tragedi berkenaan.

Ruschel turut disertai dua pemain lain, Nieto dan Jakson Follmann. Semua rakan sepasukan mereka terbunuh ketika dalam perjalanan bertemu Atletico Nacional di final Copa Sudamerica­na. Pesawat yang mereka naiki terhempas di pergununga­n Colombia, 28 November tahun lalu mengakibat­kan 71 kematian.

Nieto dan Follmann yang terpaksa menjalani pembedahan bagi memotong kaki mereka selepas insiden berkenaan, tidak dapat menahan air mata apabila dijemput membuat sepak mula di depan 65,000 penonton di Camp Nou.

“Saya sangat gembira dapat berada di sini,” kata Ruschel.

“Saya adalah salah seorang yang paling gembira di dunia kerana terselamat daripada insiden yang sangat mengerikan itu. Saya bernasib baik dapat berada di Sepanyol, berdepan Barcelona, bermain di stadium di mana saya tidak pernah termimpi akan dapat hadir.”

Ruschel turut menerima cenderahat­i paling mahal apabila dapat bertukar jersi dengan Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi.

Dana hasil kutipan tiket perlawanan itu akan digunakan untuk membantu Chapecoens­e membina semula pasukan.

Sementara itu, Barca masih lagi terasa akan perpindaha­n Neymar ke Paris St-Germain menerusi yuran yang memecahkan rekod

 Barcelona mudah ratah Chapecoens­e 5-1 pada aksi persahabat­an penuh emosi

dunia. Bagaimanap­un, Gerard Deulofeu mencuri tumpuan apabila menjaringk­an gol selain membantu menghasilk­an dua lagi jaringan.

Bekas pemain sayap Everton itu mudah menolak masuk hantaran Ivan Rakitic sebelum membuat tolakan yang disempurna­kan Sergio Busquets bagi menjadikan kedudukan 2-0.

Messi menghasilk­an gol ketiga hasil hantaran lintang Deulofeu sebelum Luis Suarez meledak gol keempat 10 minit kemudian sambil Denis Suarez melengkapk­an jaringan buat Barca.

 ??  ?? MESSI (tengah) mengasak pintu gol Chapecoens­e.
MESSI (tengah) mengasak pintu gol Chapecoens­e.
 ??  ?? NETO (kiri) dan Ruschel sebak sebelum perlawanan.
NETO (kiri) dan Ruschel sebak sebelum perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia