Harian Metro

Azimat Maniam buat Syahmi, Adam

- Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Percaya pada diri sendiri dan rakan sepasukan, anda pasti boleh pergi jauh!”

Itu pesanan dan kata-kata semangat dilontarka­n jurulatih Selangor P Maniam kepada anak didiknya Syahmi Safari dan Adam Nor Azlin yang kini bersama skuad bawah 22 tahun (B-22) negara untuk mengharung­i temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bermula Isnin ini.

Maniam menjelaska­n, pengalaman bersama pemain senior dan import dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) menjadikan persembaha­n Syahmi dan Adam semakin matang mengatasi

(gambar)

usianya.

“Syahmi dan Adam mendapat banyak pengalaman dan pendedahan dalam Liga-M dengan bersaing bersama pemain senior dan import.

“Macam

Syahmi, kita boleh lihat aksinya semakin matang terutama dalam membuat keputusan atas padang.

Adam juga mempamerka­n prestasi konsisten selepas beraksi di posisi pertahanan tengah.

“Apa yang diperlukan sekarang adalah mereka perlu percaya pada diri sendiri dan rakan sepasukan lain,” katanya semalam.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee akan membuka tirai saingan Kumpulan A di Sukan SEA kali ini dengan berdepan Brunei di Stadium Shah Alam, Isnin ini.

Selain itu, bukan saja buat Syahmi dan Adam, malah Maniam menyifatka­n barisan skuad Projek Sukan SEA kali ini berkualiti tinggi dengan kebanyakan­nya sudah memiliki pengalaman luas termasuk di peringkat antarabang­sa.

“Bukan saja Syahmi dan Adam, semua pemain skuad Sukan SEA juga sudah mendapatka­n pendedahan mencukupi termasuk Liga-M dan luar negara.

“Sudah pasti mereka semua mempunyai pengalaman yang baik dan saya percaya skuad ini boleh pergi jauh walaupun terpaksa berdepan Thailand atau Vietnam,” katanya. Melaka: Melaka United perlu mengatasi UiTM FC pada saingan terakhir Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium UiTM Shah Alam apabila saingan bersambung bulan depan bagi mengesahka­n tempat ke suku akhir.

Kapten pasukan, R Surendran berkata, selepas kini berada di tangga kedua dengan kelebihan tiga mata mengatasi Kelantan di tangga kedua, hanya kemenangan yang menjamin kejayaan mereka untuk mara.

Menurutnya, jika Kelantan berjaya menewaskan Kedah dan Melaka tewas kepada Lions Troops sudah pasti kedudukan mata sama berlaku yang boleh menggugat impian mereka untuk mara.

Sehubungan itu, apa yang penting kutipan mata maksimum untuk memastikan jaminan berkenaan atau setidak -tidaknya berkongsi satu mata.

“Berikutan itu, rentak sebenar selepas menewaskan T- Team 5-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu lalu mampu menjadi penyuntik semangat untuk kami.

“Rentak cemerlang itu diharap mampu dikekalkan,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Melaka Eduardo Almeida berkata, sudah menjadi impiannya anak buah mampu melakukan yang terbaik.

(gambar)

 ??  ?? ADAM miliki pengalaman bersama pemain senior dan import dalam saingan Liga-M.
ADAM miliki pengalaman bersama pemain senior dan import dalam saingan Liga-M.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia