Harian Metro

Lebih mantap!

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) Datuk Ong Kim Swee mengakui anak buahnya lebih berkualiti jika dibandingk­an dengan pasukan dibimbingn­ya di Sukan SEA Singapura dua tahun lalu.

Bagaimanap­un beliau menegaskan kualiti itu tidak akan memberi sebarang makna jika anak buahnya gagal memberikan persembaha­n diharapkan apabila beraksi pada temasya dwitahunan di laman sendiri kali ini.

“Saya tak nak bandingkan antara pasukan sekarang dan sebelum ini walaupun kita tahu kualitinya berbeza. Saya tak boleh katakan pasukan ini lebih baik daripada dua tahun lalu kerana kejohanan belum bermula.

“Memang daripada apa yang kita lihat, kita memang ada kualiti,” katanya ketika sesi latihan semalam.

Kim Swee memanggil 27 pemain bagi kem latihan pusat yang bermula Ahad lalu tanpa sebarang masalah pelepasan daripada setiap pasukan.

Barisan pemain yang dikumpulka­n kali ini diakui antara terbaik sejak barisan pemain Harimau Muda A memenangi emas Sukan SEA 2011 Jakarta.

Kebanyakan pemain adalah antara tonggak dalam skuad Liga Super seperti Syafiq Ahmad dan Ifwat Akmal Chek Kassim dari Kedah, Adam Nor Azlin dan Syahmi Safari (Selangor), Safawi Rasid (Johor DT) dan Matthew Davies (Pahang).

Malah anak buah Kim Swee sudah membuktika­n kemampuan dengan melayakkan diri ke pusingan akhir Kejohanan Piala AFC B-23 di China tahun depan.

Berbanding di Singapura, Kim Swee yang hanya memiliki tempoh singkat bersama pasukan, dihimpit pula dengan masalah kecederaan pemain, menyaksika­n mereka terkandas awal di peringkat kumpulan.

Pengendali berusia 46 tahun itu berkata, biarpun ada pemain mengalami kecederaan kali ini namun beliau

 Kim Swee akui miliki barisan terbaik berbanding Sukan SEA Singapura dua tahun lalu

lega kerana memiliki pengganti bagi setiap posisi.

“Saya sedang menguji pemain di setiap posisi sebagai alternatif kerana ini penting jika ada pemain cedera dan keletihan. Buat masa ini hanya S Kumaahran mengalami masalah hamstring, kita akan lihat dulu keadaannya, tapi saya fikir dengan pemain yang saya ada, saya tidak perlu memanggil pemain lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia