Harian Metro

Tak sabar benam lawan

-

Sementara itu, Singapura yang tidak bertanding pada temasya dwitahunan itu nanti tetap serius menghadapi aksi persahabat­an yang turut menawarkan mata ranking Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) kepada mereka.

“Sebelum majlis undian Sukan SEA tempoh hari kami sudah menarik diri daripada bertanding. Walaupun kami bukan salah satu pencabar pada saingan itu nanti, saya tidak akan beri laluan mudah kepada Malaysia.

“Buktinya pada aksi persahabat­an menentang Macau malam tadi (malam kelmarin), pasukan saya berjaya mencatat kemenangan 3-0 dan kami sudah bersedia bertemu Malaysia,” kata pengendali Singapura, K Balagumara­n.

Di temasya kali ini, skuad negara yang menyasarka­n gangsa akan bertemu Filipina pada 15 Ogos ini, diikuti Myanmar (17 Ogos), Thailand (20 Ogos) dan Vietnam (24 Ogos) dengan format liga sepusingan akan digunakan. Kelana Jaya: Ketua pasukan bola sepak wanita negara, Masturah Majid berjanji akan membenam Singapura malam ini.

Jelas pemain tengah itu, walaupun persiapan menghadapi Sukan SEA sedikit tercalar susulan kekalahan 0-2 kepada India dalam aksi persahabat­an minggu lalu, banyak perkara positif berlaku dengan beberapa kelemahan berjaya dikesan.

Katanya, reputasi Singapura yang dibimbing K Balagumara­n mempunyai kekuatan tersendiri, namun rakan sepasukan sudah bersedia untuk memberikan persembaha­n terbaik.

“Saya tak rasa kekalahan di tangan India mengganggu fokus kami, sebaliknya pasukan dalam prestasi cukup baik dengan beberapa kelemahan sudah diperbaiki.

“Saya yakin, semua rakan sudah bersedia untuk memberikan tentangan sengit kepada Singapura.

“Kami akan berusaha memberikan persembaha­n terbaik dengan komitmen 100 peratus demi memburu kemenangan sebagai pembakar semangat sebelum beraksi di Sukan SEA nanti,” katanya pada sidang media praperlawa­nan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.

Bagaimanap­un, pemain yang berasal dari Sabah itu menggesa rakan sepasukann­ya untuk memperkema­skan corak permainan terutama ketika menyerang dan menyempurn­akan dengan baik setiap peluang jaringan yang dicipta.

“Kami perlu tumpukan lebih sedikit di bahagian serangan supaya setiap peluang jaringan yang dicipta akan disempurna­kan dengan baik,” katanya.

Pada edisi kali ke-29 ini, skuad negara sekadar menyasarka­n gangsa dengan dua kuasa besar rantau ini Thailand dan Vietnam - diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk meraih emas.

 ??  ?? ASYRAAF (kiri) dan Masturah pada sidang media di Wisma FAM, semalam.
ASYRAAF (kiri) dan Masturah pada sidang media di Wisma FAM, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia