Harian Metro

Barisan terkuat layan Singapura

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Jaya: Pengendali skuad bola sepak wanita Mohd Asyraaf Fong Abdullah mengintai kemenangan apabila pasukan kendaliann­ya turun berdepan Singapura pada aksi persahabat­an antarabang­sa berstatus A di Stadium Mini Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, malam ini.

Asyraaf yang juga Pengarah Pusat Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, keputusan positif dalam aksi pemanas badan terakhir menjelang aksi sulung berdepan Filipina pada saingan Sukan SEA di Kuala Lumpur Selasa depan mampu menaikkan semangat dan motivasi anak didiknya itu.

“Tiada siapa mahukan kekalahan, begitu juga kami. Walaupun sekadar aksi persahabat­an, saya mahu pemain berusaha mencipta kemenangan sebagai pembakar semangat sebelum beraksi di Sukan SEA minggu depan.

“Saya akan menurunkan kesebelasa­n terbaik pada perlawanan malam esok (malam ini) dan kami akan pergi untuk menyerang,” katanya pada sidang media praperlawa­nan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.

Jelasnya segala kelemahan yang dikenal pasti terutama ketika tumpas 0-2 kepada India dalam aksi persahabat­an di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang minggu lalu sudah diperbaiki dan berharap akan diterjemah­kan pemainnya di atas padang.

“Antara kelemahan kami ialah ketika bertahan selain bahagian serangan yang agak tumpul.

“Sepanjang latihan minggu lalu kami sudah memperting­katkan keyakinan menyerang yang lebih efektif serta berharap pemain akan lebih yakin ketika mengawal bola nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia