Harian Metro

‘Belum sampai waktu bersara’

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

 Amri, Mat Yo sedia beraksi bersama skuad kebangsaan

Dua penyerang berpengala­man, Amri Yahyah dan Norshahrul Idlan Talaha tidak pernah terfikir untuk menggantun­g but di peringkat antarabang­sa sekalipun nama mereka tercicir daripada senarai pelatih skuad kebangsaan diumumkan baru-baru ini.

Sebaliknya, kedua-dua pemain itu bersedia bila-bila masa untuk menyahut panggilan selagi kudrat mereka diperlukan.

Amri yang mesra dipanggil Wak Am berkata, sekalipun sudah berusia 36 tahun, dia tidak pernah memikirkan soal persaraan sama ada bersama Selangor mahupun pasukan negara.

“Bila saya digugurkan daripada skuad kebangsaan baru-baru ini, ramai yang jangka masanya sudah tiba untuk saya mengumumka­n persaraan.

“Begitupun, saya tidak akan lakukan kerana selagi mampu serta kudrat diperlukan, saya akan terus bermain sama ada di peringkat domestik mahupun antarabang­sa.

“Tapi, jika ditakdirka­n karier saya bersama Malaysia sampai setakat ini saja, saya terima,” ujar Amri yang kali terakhir menyarung jersi Harimau Malaya ketika tewas 1-2 kepada Lubnan pada perlawanan kelayakan Piala Asia di Johor Bahru, 13 Jun lalu.

Nada sama disuarakan Norshahrul atau Mat Yo yang menganggap dia kini sedang berada pada prestasi terbaik bersama FELDA United.

“Berbanding ketika dipanggil Datuk Ong (Kim Swee) untuk Piala AFF 2016 lalu, saya rasa lebih bersedia jika dipanggil kali ini. Namun, nampaknya bukan rezeki saya.

“Oleh itu buat masa ini tumpuan saya adalah membantu FELDA mencapai tahap terbaik dalam liga serta Piala Malaysia.

“Pada masa sama, saya akan terus bekerja keras untuk merebut kembali tempat dalam pasukan kebangsaan.

Saya belum bercadang menggantun­g but kerana yakin masih mampu bermain di peringkat antarabang­sa,” kata penyerang berusia 31 tahun itu.

Norshahrul digugurkan Kim Swee selepas skuad negara mempamerka­n aksi buruk apabila tersingkir di peringkat kumpulan Piala AFF 2016.

 ??  ?? AMRI (kiri) belum mahu gantung but.
AMRI (kiri) belum mahu gantung but.
 ??  ?? MAT YO
MAT YO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia