Harian Metro

T-Team paling banyak bolos

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Merekod pasukan paling banyak bolos setakat ini dengan 44 gol dalam 19 aksi Liga Super jelas memperliha­tkan benteng skuad T-Team begitu rapuh dan perlu buat sesuatu untuk elak daripada terus diaibkan pasukan lawan.

Malah rekod besar dibolosi daripada penjaga gol yang sama juga seakan-akan menggambar­kan barisan kejurulati­han skuad The Titans itu tiada pilihan untuk mempertaha­nkan kubu mereka daripada dibedil skuad lawan.

“Saya selalu bagi jurulatih penjaga gol untuk membuat keputusan siapa yang layak beraksi untuk setiap perlawanan. Saya tidak pernah masuk campur soal itu kerana 100 peratus itu kerja jurulatih penjaga gol.

“Tapi beliau (jurulatih penjaga gol) berada di bawah saya, jadi tidak boleh salahkanny­a, sebaliknya saya yang ambil tanggungja­wab itu.

“Mengenai penjaga gol, kami sudah beberapa kali membuat penggantia­n posisi itu dengan harapan mereka dapat mengawal pintu gawang dengan baik. Hakikatnya inilah penjaga gol kita yang ada tahun ini.

“Musim lalu kami mempunyai dua penjaga gol yang bagus, tapi tidak boleh taha n(sekat) mereka daripada berpindah, namun saya tahu jurulatih penjaga gol akan membuat keputusan tepat siapa yang terbaik untuk diturunkan,” kata Rahmad.

Selain merekod jumlah bolos tertinggi, skuad Tibang T-Team Tibang itu juga ketandusan gol apabila hanya merekod 28 jaringan dalam saingan liga setakat ini.

 ??  ?? T-TEAM (baju putih) bolos 44 gol setakat ini.
T-TEAM (baju putih) bolos 44 gol setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia