Harian Metro

Kekalkan momentum positif: Ahmad

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Pemangku jurulatih Pahang Ahmad Shaharuddi­n Rosdi mahu pemainnya merenung kembali kebolehan masing-masing selepas bangkit daripada prestasi hambar dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, dua kemenangan berturut-turut ketika menewaskan PKNP FC 6-0 dan Kedah 2-1 membuktika­n skuadnya sudah menemui rentak permainan seperti dipersemba­hkan sebelum ini.

Katanya, justeru semua pemain diminta mengekalka­n momentum positif sebaik saingan Liga Malaysia bersambung September depan, jika mahu bersaing di tempat kedua liga dan mengisi slot suku akhir Piala Malaysia.

“Buat masa ini, semua pemain diberi rehat seminggu dan mereka akan kembali menjalani latihan pada 14 Ogos ini untuk memastikan prestasi semasa berada pada tahap terbaik.

“Rehat sebulan liga sudah pasti memberi rehat mencukupi buat pemain selepas mengharung­i jadual perlawanan padat dengan tumpuan terhadap saingan Liga Super dan Piala Malaysia,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, setakat ini tiada perancanga­n sama ada skuad Tok Gajah akan mengadakan aksi persahabat­an bagi meningkatk­an kualiti permainan.

Menurutnya, segala-galanya masih belum muktamad kerana tumpuan utama adalah memastikan momentum dan prestasi pasukan berada di prestasi terbaik.

“Berbaki tiga perlawanan liga dan aksi terakhir Kumpulan A Piala Malaysia, saya harap misi meraih tempat kedua liga dan layak ke suku akhir menjadi kenyataan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia