Harian Metro

Perlu sokongan semua

- DARI MUKA 1

Fikry mohon maaf andai

guris hati pihak tertentu

“Tuduhan ini tidak benar sama sekali. Saya juga hairan bagaimana perkara sebegini boleh timbul sedangkan saya tidak pernah berlagak.

“Saya kecewa apabila ada pihak seolah-olah sengaja mencipta isu sebegini. Sebagai orang baru saya tahu di mana kedudukan saya dalam industri ini. Takkan saya nak berkelakua­n sedemikian sedangkan perlukan sokongan dan tunjuk ajar daripada mereka.

“Terus terang, saya sangat takut dengan gosip atau pun khabar angin. Jika boleh, datanglah bersemuka dan meminta penjelasan saya sendiri. Tidak perlu cakapcakap belakang kerana akan menimbulka­n persepsi kurang enak orang terhadap saya,” katanya.

Sambung Fikry, sekiranya ada pihak yang terguris hati atau kurang selesa dengan sikapnya selama ini, dia mohon maaf.

“Saya masih ‘hijau’ dalam bidang ini dan perlukan sokongan daripada semua pihak,” katanya.

Diminta memberi komen apabila ada pihak mengatakan dia adalah pencabar kepada Fattah, Fikry dengan rendah hati memaklumka­n dirinya baru bertatih dan tidak wajar diletakkan sama tinggi dengan pelakon popular itu.

“Kalau lihat populariti yang diraih Fattah, kami ibarat langit dan bumi. Saya masih mentah dan masih mencari-cari rentak untuk bertapak dalam dunia lakonan.

“Bagaimanap­un, saya ambil setiap pujian, komen dan kritikan sebagai motivasi serta iktibar untuk lebih berjaya dalam kerjaya ini,” katanya. -Najiy Jefri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia