Harian Metro

‘Mungkin dia terlalu gementar’

-

Peserta Clever Girl dari Johor tidak cam wajah Tun Dr Ismail

memberi jawapan salah.

“Berdasarka­n pandangan peribadi, memang ada orang mengenali nama tokoh namun tidak kenal muka dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

Bagi minggu kedua Clever Girl, malam

Jumaat ini, Nazatul berkata produksi mempertimb­angkan untuk menambah kesukaran soalan untuk peserta.

“Soalan untuk musim kali ini lebih sukar kerana pihak produksi mahu mencapai hasrat Malaysia untuk melahirkan gadis pintar.

“Oleh itu, kami berharap soalan pada minggu akan datang tidak akan mencetuska­n masalah kepada peserta.

“Sudah tentu ada elemen kejutan seperti menjawab kuiz pada setiap minggu dan ini akan ditentukan komiti Clever Girl,” katanya.

Secara keseluruha­n bagi pertanding­an minggu pertama, Nazatul berkata produksi serta pihak komiti berpuas hati dengan prestasi peserta dan berharap penonton terus menyokong program berkenaan.

“Saya percaya dengan kebolehan peserta Clever Girl kerana masing-masing ada potensi dan insya-Allah, mereka akan memberi saingan lebih sengit pada minggu kedua.

“Penonton turut diharapkan memberi peluang kepada peserta dan membantu mereka dalam subjek tertentu,” katanya.

Peserta dari Pulau Pinang, Kiera atau nama sebenarnya Noor Syakirah Mohd Azam muncul juara minggu pertama, manakala wakil Pahang, Ain tersingkir.

Saksikan minggu kedua Clever Girl pada Jumaat ini, jam 10 malam di TV3.

Bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2, Shah Alam, pusingan akhir Clever Girl pada 13 Oktober depan.

 ??  ??
 ??  ?? PESERTA Clever Girl musim kedua.
PESERTA Clever Girl musim kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia