Harian Metro

ZIZI BUKAN HIPOKRIT

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Tidak peduli komen negatif di laman

sosial

Lumrah hidup artis, sentiasa mendapat perhatian ramai terutama pengikut laman sosial.

Menurut Zizi Kirana, dia tidak ambil pusing komen negatif netizen yang kerap menghentam penampilan­nya yang dikatakan terlalu seksi.

“Saya selesa dengan penampilan dan pakaian saya. Apa yang saya pakai dalam gambar itu adalah pakaian yang dipakai setiap hari,” katanya.

Menurut Zizi yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), dia lebih selesa menjadi diri sendiri.

“Saya tidak mahu menjadi manusia yang hipokrit. Saya selesa menjadi diri sendiri dan pakai apa yang dirasakan sesuai untuk saya,” katanya.

Zizi berkata, ketika memuat naik gambar, dia sudah bersedia menerima kecaman orang ramai.

“Saya sedia dikecam ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ online. Mereka tidak mengenali peribadi saya, tetapi menghakimi dengan hanya melihat penampilan,” katanya.

Selain teguran serta kecaman, Zizi juga mengakui ada menerima pelbagai mesej dan gambar lucah.

“Kadang-kadang, saya rasa lucu apabila ada netizen menghantar mesej berbaur lucah. Bagi saya, mentaliti mereka sangat cetek,” katanya.

Ditanya sama ada dia akan menutup ruangan komen di laman Instagramn­ya, Zizi memilih untuk tidak berbuat demikian.

“Saya tidak melayan komen negatif. Tutup ruangan komen? Saya bukan melakukan jenayah, jadi saya akan biarkan sahaja ruangan komen itu dibuka untuk orang awam.

“Saya ada kawan dan keluarga yang sentiasa menyokong,” katanya.

Perkembang­an terkini, Zizi baru sahaja selesai merakamkan single terbaru ciptaan penuh DJ Fuzz.

“Insya-Allah, ia akan dilancarka­n dalam sebulan dua lagi. Single baru yang belum ada judul ini berentak hip hop sepenuhnya dan saya sendiri akan melantunka­n lirik rap,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia