Harian Metro

Henti sebar maklumat tidak tepat

-

CMCF nasihat pengguna kawal kendiri

Kini pihak berkuasa berdepan cabaran untuk menyaingi perkembang­an ini. Tugas mereka bertambah apabila perlu menyiasat kandungan tertentu yang saban hari tersebar di media sosial atau laman blog.

Malah, tekanan akibat kemajuan teknologi itu turut memberi tempias kepada medium media sebenar seperti akhbar, televisyen dan radio.

Belum lagi diambil kira jutaan pengguna Internet yang setiap masa berkongsi pelbagai maklumat dan bahan tidak sesuai di alam maya.

Sehinggaka­n ia menjurus kepada penyalahgu­naan hak peribadi seseorang yang menjadikan teknologi itu semakin memberi masalah kepada pengguna.

Sekali lagi, apabila dunia tanpa sempadan kini menyediaka­n ruang kepada pengguna menikmati saluran maklumat dan hiburan dengan bebas di mana saja dengan Internet.

Ia sekali gus menjadikan kawalan terhadap bahannya bukan sesuatu yang mudah.

Oleh itu, Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia diwujudkan di bawah Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) untuk membolehka­n semua penyedia perkhidmat­an televisyen, radio, pemilik laman web, penulis blog dan apa saja yang terpapar di media elektronik tahu apa batasan mereka dalam menyiarkan sesuatu.

Kalau dulu CMCF hanya untuk industri namun kini ia menjadi panduan kepada seluruh pengguna berdasarka­n keupayaan mereka untuk memindah naik sendiri kandungan.

Pengarah Eksekutif CMCF Mohd Mustaffa Fazil Mohd Abdan, berkata kecanggiha­n teknologi dunia tanpa sempadan iaitu kemudahan Internet yang dinikmati masyarakat seluruh dunia hari ini sememangny­a menakjubka­n.

“Teknologi semakin pantas namun pengguna terutama golongan muda mungkin tidak menyedari beberapa peradaban yang perlu dilindungi ketika menggunaka­nnya,” katanya.

Katanya, dalam keseronoka­n menggunaka­n teknologi berkenaan,

 ??  ?? GOLONGAN muda
golongan pengguna teknologi
yang ramai.
GOLONGAN muda golongan pengguna teknologi yang ramai.
 ??  ?? PERKEMBANG­AN teknologi pantas.
PERKEMBANG­AN teknologi pantas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia