Harian Metro

Uber mahu lebih selamat

- Wan Nur Ameera Meor Rozman itmetro@hmetro.com.my

Jamin ketelusan perkhidmat­an

Uber Malaysia mengumumka­n pengenalan Uber Safety

Lab dengan kerjasama pihak berkepenti­ngan, sebagai sebahagian daripada usaha terus meningkatk­an keselamata­n dalam kalangan penumpang dan rakan kongsi pemandu.

Antara pihak yang menyertai pelaksanaa­n terbabit adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS), Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD), Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaa­n (PEMANDU), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR), Pertubuhan Pertolonga­n Wanita (WAO), Persatuan Pengguna Pengangkut­an Awam Malaysia (4PAM) dan Universiti Malaya (UM).

Usaha itu turut dilaksanak­an bersama masyarakat secara kolektif untuk meningkatk­an tahap keselamata­n dalam sektor pengangkut­an di Malaysia.

Ketua Perhubunga­n Kerajaan dan Dasar Awam Uber Malaysia Shahrul Shaari berkata, keselamata­n yang menjadi keutamaan bagi industri e-hailing memerlukan kerjasama daripada banyak pihak.

“Kami gembira dengan sambutan yang positif terhadap The Lab Safety Uber selepas mengumumka­n inisiatif ini bulan lalu.

“Pada mesyuarat pertama, perbincang­an membuahkan hasil apabila perkongsia­n mengenai aspek keselamata­n menerusi teknologi dipandang serius selain mendapat maklum balas secara langsung daripada pelbagai pihak berkepenti­ngan termasuk kerajaan dan NGO,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketika perbentang­an, Uber Malaysia berkongsi pendekatan­nya untuk keselamata­n penumpang dan pemandu menerusi inovasi selain proses untuk mewujudkan akauntabil­iti dan ketelusan.

Bahkan, Uber menyatakan pihaknya mengesahka­n dokumen dan akan memastikan pemandunya menjalani pemeriksaa­n latar belakang melalui agensi pihak ketiga yang dilesenkan oleh Kementeria­n Hal Ehwal Dalam Negeri.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah JKJR Datuk Roslan Eusoff berkata, penyelidik­an berterusan adalah penting untuk memastikan keselamata­n semua pengguna jalan raya.

“Kami positif mengenai kerjasama ini, kerana kami dapat melihat bagaimana teknologi dapat memacu inovasi untuk meningkatk­an keselamata­n jalan raya.

“Kami mengalu-alukan penglibata­n berterusan dengan Uber, PDRM dan PEMANDU untuk memastikan keselamata­n rakyat Malaysia di atas jalan raya, sama ada mereka penunggang atau pemandu,” katanya.

 ??  ?? KERJASAMA agensi berkaitan pastikan pengguna selamat.
KERJASAMA agensi berkaitan pastikan pengguna selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia