Harian Metro

Dorong belia aktif bangunkan neg

- Nor Hanisah Kamaruzama­n gen.y@hmetro.com.my

Bilangan belia di Malaysia berumur 18 hingga 29 tahun dianggarka­n sembilan juta orang.

Jumlah itu mendorong organisasi bukan kerajaan dan tidak berasaskan keuntungan ini mengambil inisiatif mengembang­kan potensi belia tempatan.

AIESEC Malaysia adalah sebahagian daripada pertubuhan antarabang­sa diberi nama AIESEC dengan objektif utama mencipta keamanan sejagat dan memanfaat potensi golongan muda.

AIESEC adalah akronim bagi ‘Associatio­n Internatio­nale des … tudiants en Sciences …conomiques et Commercial­es’, namun ia tidak lagi menjadi akronim dan ditukar kepada kata nama khas.

Pertubuhan antarabang­sa diasaskan tiga individu iaitu

Jean Choplin (Perancis), Bengt Sjostrand (Sweeden), and Dr. Albert Kaltenthal­er (Jerman) itu bermula pada 1948 di tujuh negara Eropah.

Kini, ia sudah melebarkan sayap di lebih 120 negara termasuk Malaysia dengan membolehka­n pembanguna­n kepemimpin­an menerusi pengalaman praktikal dalam persekitar­an mencabar dan silang budaya.

Mengambil peranan AIESEC antarabang­sa, AIESEC Malaysia turut seiring mencapai keamanan dan mempromosi­kan pembanguna­n kepemimpin­an dalam kalangan belia.

Pertubuhan yang dikendalik­an golongan muda itu menumpukan isu dunia, kepemimpin­an dan pengurusan tanpa mengira etnik, jantina, orientasi, agama serta kewarganeg­araan.

Presiden AIESEC Malaysia John Lau Chun Kuang, 25, berkata, teras utama organisasi itu adalah berusaha dan mendorong belia untuk aktif dalam membangunk­an negara yang harmoni dan bersatu-padu.

“Pelbagai program yang kami ketengahka­n bagi membantu golongan muda tempatan aktif mengembang­kan potensi

 ??  ?? PE be itu du pe
PE be itu du pe
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia